Terdapat penglibatan ahli-ahli politik atau aktivis masyarakat dalam kegiatan kongsi gelap di Malaysia ini.

Mantan Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohd Zaman Khan berkata situasi ini telah lama berlaku malah ketika beliau masih berkhidmat dalam perkhidmatan polis lagi.

“Perkembangan ini bukanlah baru malah ianya pernah berlaku sewaktu saya masih lagi dalam perkhidmatan polis,” kata beliau.

Penglibatan anggota kongsi gelap dalam bidang-bidang politik dan perniagaan juga banyak berlaku di negara-negara seperti Hing Kong, China dan Taiwan dimana pengaruh anggota kongsi gelap sangat diperlukan dalam kempen-kempen politik negara itu.

Klik pada video untuk mengikuti perbincangan dengan beliau dalam rancangan Sudut Pandang.