PUTRAJAYA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kota di Pulau Pinang merupakan DUN terkecil dengan kepadatan penduduk tertinggi berjumlah 21,061 orang dalam setiap kilometer persegi, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ia diikuti Pandan Indah di Selangor dengan jumlah 14,686 orang dalam setiap kilometer persegi dan Sungai Pinang di Pulau Pinang dengan jumlah 13,851 orang dalam setiap kilometer persegi, lapor jabatan itu dalam siaran Statistik Subnasional DUN 2023 yang dikeluarkan hari ini.
DOSM memaklumkan tiga DUN yang mempunyai keluasan terbesar ialah Baleh, Sarawak dengan keluasan 11,607 kilometer persegi diikuti Belaga, Sarawak dengan keluasan 11,579 kilometer persegi dan Kuamut, Sabah dengan keluasan 10,954 kilometer persegi.
"Ini turut menjadikan Baleh dan Belaga sebagai DUN dengan kepadatan penduduk terendah iaitu seorang bagi setiap kilometer persegi," menurut DOSM.
Jabatan itu memaklumkan, dua DUN di Pulau Pinang merekodkan jumlah penduduk terendah iaitu Padang Kota dengan 5,900 orang dan Komtar seramai 7,800 orang.
Bagi komposisi penduduk mengikut kumpulan etnik, DOSM memaklumkan pada 2022, kumpulan etnik Bumiputera merupakan kumpulan etnik tertinggi di tiga DUN di Terengganu iaitu Manir sebanyak 99.9 peratus manakala Permaisuri dan Langkap serta satu DUN di Perlis iaitu Santan, masing-masing merekodkan sebanyak 99.8 peratus kumpulan etnik Bumiputera.
Kumpulan etnik Cina pula mendominasi DUN Batu Lancang, Pulau Pinang dengan 85.2 peratus, diikuti Pasir Pinji, Perak dengan 81.3 peratus dan Pelawan, Sarawak dengan 81.1 peratus.
Kumpulan etnik India pula mendominasi DUN Buntong, Perak dengan 49.6 peratus diikuti Sentosa, Selangor dengan 38.0 peratus dan Jalong, Perak dengan 30.7 peratus, menurut DOSM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
DOSM memaklumkan, dua DUN di Pulau Pinang merekodkan jumlah penduduk terendah iaitu Padang Kota dengan 5,900 orang dan Komtar seramai 7,800 orang.
Wartawan Malaysia nyaris terkandas, protes tutup jalan
Kumpulan wartawan Malaysia termasuk Astro AWANI yang berada di Islamabad bagi membuat liputan Lawatan Negara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan, hampir terkandas malam Sabtu.
21 warga Bangladesh ditahan, menyamar jadi atlet untuk masuk Malaysia
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup masuk warga asing dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan penahanan 21 warga Bangladesh di Maluri, Kuala Lumpur, Khamis lepas.
21 warga Bangladesh ditahan, menyamar atlet masuk Malaysia
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup masuk warga asing dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan penahanan 21 warga Bangladesh di Maluri, Kuala Lumpur, Khamis lalu.
Ruang tambahan latihan bahasa Cina dan Tamil
Kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada bahasa kebangsaan.
AWANI Borneo [06/10/2024] – Pan Borneo Sabah | Pelan mitigasi | Peka B40
Tumpuan Awani Borneo 6 Okt 2024 bersama Assim Hassan
- Pan Borneo Sabah, masalah pengambilan tanah antara punca kelewatan projek
- Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu
- PEKA B40 inisiatif tingkat kesedaran kesihatan rakyat
#AWANInews
- Pan Borneo Sabah, masalah pengambilan tanah antara punca kelewatan projek
- Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu
- PEKA B40 inisiatif tingkat kesedaran kesihatan rakyat
#AWANInews
Merokok di premis: Tegur dengan tegas, elakkan bergaduh - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau cakna dengan aduan rakyat yang bimbang mungkin berlaku pergaduhan sekiranya perokok-perokok itu ditegur.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu yang melibatkan tiga fasa secara keseluruhan.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Usaha pembangunan Sabah yang dilaksanakan antara kerajaan negeri dan Persekutuan akan menjadi kayu pengukur penting untuk dinilai pada Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum akan datang, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 dalam usaha untuk membasmi jurang kemiskinan.
Tingkatkan kesedaran kesihatan buat golong kurang berkemampuan
Penduduk Sandakan khususnya di kawasan Elopura menyifatkan program Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (Peka B40) sebagai satu usaha yang perlu diteruskan.
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.
Jangka hayat bayi lahir pada 2024 dijangka hidup sehingga 75.2 tahun - DOSM
Bayi yang lahir pada 2024 secara purata dijangka hidup sehingga 75.2 tahun dengan bayi perempuan hidup 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Banci Pertanian: DOSM kongsi kepakaran dengan negara luar
DOSM diiktiraf negara luar seperti Indonesia, Thailand, dan Uzbekistan sebagai rujukan dalam pelaksanaan bancian dan pengumpulan data pertanian.
Aset tetap ekonomi terkumpul negara naik 3.0 peratus kepada RM5.60 trilion
Stok Modal Kasar (SMK) yang mewakili modal terkumpul aset tetap dalam negara, mencatat nilai RM5.6 trilion dengan pertumbuhan sebanyak 3.0 peratus pada 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Banci Pertanian 2024: Data masa nyata bersifat komprehensif
Pengarah Institut Latihan Statistik Malaysia, DOSM, Mohd Sofi Ali berkata dapatan banci itu turut bersifat komprehensif dan amat berguna kepada pelbagai pihak berkepentingan.
Banci Pertanian 2024 dorong anak muda perkasa sekuriti makanan
Banci Pertanian 2024 membuktikan DOSM komited mengumpul data terkini agar dasar membabitkan sektor pertanian dapat diperkasa.
Lebih 64 juta pelancong domestik direkodkan pada suku kedua tahun ini
Seramai 64.8 juta pelawat domestik direkodkan bagi suku kedua 2024, meningkat 23.8 peratus berbanding suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya.
DOSM bakal tubuh Pusat Analitik Data Raya, rapatkan jurang data sektor awam dan swasta
Ia seiring dengan tema Persidangan Statistik Malaysia ke-11 iaitu Data dan Kecerdasan Buatan Memperkasa Masa Depan.
Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak kepada RM78.7 bilion pada 2023 - DOSM
Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2023 apabila merekodkan lonjakan dalam jumlah perbelanjaan.
Jumlah tenaga buruh meningkat 0.1 peratus pada Julai 2024 - DOSM
Jumlah tenaga buruh pada Julai 2024 meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 17.2 juta orang, berbanding 17.17 juta orang pada bulan sebelumnya.