Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang menyusun semula modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk tujuan penambahbaikan, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata perubahan landskap yang melanda dunia ketika ini, menuntut perubahan perlu dilakukan terhadap pengisian modul PLKN agar bersesuaian untuk menghadapi ancaman baharu, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dunia.
Katanya perkara seperti maklumat yang menular tanpa tapisan serta isu-isu sensitif berbaur perkauman menjadi gadaian terhadap masa depan golongan muda dan belia dan pihak berwajib seperti Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) perlu memainkan peranan sewajarnya.
"Kerajaan tidak akan tergesa-gesa. Ia (latihan PLKN) akan melalui perubahan dari segi modul latihannya, masa dan juga melibatkan pihak yang berkepentingan.
"Untuk permulaan, saya boleh umumkan kita sedang bekerjasama rapat dengan KBS. Sekarang ini dua kementerian sedang membincangkan pengisian itu dan kita harap akan banyak lagi kementerian akan terlibat dalam perbincangan ini, maka lebih banyaklah 'touch point'," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Jenagor dekat sini.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari yang merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu.
Hishammuddin berkata PLKN yang mula dilaksanakan pada 2004 sememangnya berkait rapat dengan belia kerana ia merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan kepada mereka yang terpilih selepas menamatkan pendidikan sekolah menengah atau berumur 17 tahun ke atas.
Berhubung cadangan Johari dalam ucapannya agar Kem PLKN ditambah di Hulu Terengganu, katanya pihak kementerian tidak keberatan untuk meluluskannya sekira ada keperluan.
Bernama
Fri Sep 19 2014
HISHAMMUDDIN: Pengisian program PLKN akan disusun semula. -Gambar fail
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Pekerja Boeing terima cadangan kontrak baharu, tamatkan mogok
Mogok oleh puluhan ribu pekerja Boeing berakhir selepas mereka menerima tawaran yang lebih baik oleh pengeluar pesawat AS itu,
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pantau Agenda Reformasi: Pilihan Amerika Syarikat, masa depan Malaysia
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai kesan keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat kepada agenda pembangunan dunia dan Malaysia secara menyeluruh.
Pavilion Malaysia dilancar cerminan pembangunan lestari, kepelbagaian
Pavilion yang diberi nama Rumah Malaysia itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Kaherah, Mesir.
Pekerja Boeing tandatangani persetujuaan
Selepas piket selama tujuh minggu, Kesatuan Pekerja Boeing akhirnya menandatangani persetujuan dengan syarikat pengeluar pesawat itu.
Penswastaan MAHB dianggap positif, bakal tingkatkan prestasi
Keputusan itu satu langkah positif ke arah meningkatkan prestasi keseluruhan lapangan terbang negara.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin 6 warga Malaysia disyaki miliki dadah
Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman semalam kerana disyaki memiliki dadah.
Pelabur asing jual RM1.77 bilion ekuiti tempatan Oktober 2024
Firma penyelidikan Maybank Innvestment Bank, perubahan itu didorong ketidaktentuan susulan serangan iran ke atas Israel, serta pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada November.
Pantai timur Sabah selamat, terkawal - Shamsul Anuar
Situasi keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan yang melarang rakyat mereka daripada melancong ke kawasan tersebut.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Zii Jia belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 - Rexy
Pemain lelaki profesional negara Lee Zii Jia masih belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 susulan Team LZJ sedang merangka perancangan terbaik.
Rexy kecewa skuad wanita tidak manfaat peluang di BATC 2024
Rexy Mainaky kecewa apabila skuad wanita negara gagal memanfaatkan peluang terbaik untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.
Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei
Chong Wei optimis Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, di Axiata Arena esok.
ABM pegang prinsip tidak manjakan pemain - Rexy
Memanjakan pemain boleh 'membunuh' karier atlet itu dan pada masa sama mempengaruhi ketahanan mental selain merencatkan proses pembangunan.
Hanya pemain 16 tahun ke atas ditempatkan di ABM bermula tahun depan
Bagaimanapun, kumpulan pemain berusia 14 hingga 15 tahun ketika ini akan kekal di ABM.
Rexy kini pegang jawatan Pengarah Kejurulatihan ABM - Kenny Goh
ABM mahu memiliki seorang sahaja pengarah kejurulatihan yang akan memantau prestasi kedua-dua kem perseorangan dan beregu negara.
Jalani kecam Team LZJ, patut bersyukur peluang berlatih di ABM
Jalani berkata Zii Jia sepatutnya bersyukur dengan peluang diberikan BAM yang membuka pintu buat pemain profesional berlatih di ABM.
Terbuka Korea: Zii Jia terus kempunan, kandas di pusingan pertama
Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia masih berdepan episod malang apabila kandas pada pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Korea 2023, hari ini.
Peminjam digesa hubungi bank bagi pilihan bayaran balik, bukan melalui ejen - ABM
ABM beri jaminan akan kekal komited dalam menawarkan bantuan kewangan kepada peminjam yang mempunyai masalah kewangan.