Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil langkah mengasingkan penghuni tahanan sementara dengan penghuni perintah tetap di Asrama Akhlak bawah pentadbiran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata tindakan itu dilaksanakan susulan kes seorang pelajar maut dipercayai dipukul sekumpulan 10 penghuni asrama di Asrama Akhlak (Lelaki) Pokok Sena, Kedah.
Katanya, ekoran kejadian Jumaat lepas itu, penghuni yang ada bersama di tempat kejadian dirujuk kepada Unit Kaunseling bagi mengelakkan berlakunya trauma dalam kalangan mereka.
"Malah pembantu kebajikan masyarakat serta pegawai keselamatan yang bertugas akan meningkatkan lagi kekerapan rondaan di blok penghuni dan JKM akan turut memberi kerjasama kepada pihak polis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, JKM amat menitikberatkan segala hal berkaitan kanak-kanak yang ditempatkan di institusi JKM termasuklah aspek keselamatan, kesihatan, kebersihan diri dan tempat tinggal mereka seperti yang termaktub dalam Standard Prosedur Operasi (SOP).
Dalam perkembangan lain, Rohani berkata kes kematian kanak-kanak berusia dua tahun yang disimpan dalam tong ikan masih lagi dalam siasatan polis.
"Saya telah meminta pegawai pelindung JKM untuk melawat waris mangsa dan pelindung telah bertemu dengan kakak mangsa yang berusia empat tahun di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
Rohani berkata JKM telah berjaya mengesan nenek mangsa yang menjadi penjaga kepada kanak-kanak sebelum kejadian berlaku.
"Hasil semakan melalui Sistem eBantuan JKM mendapati bahawa keluarga ini merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM400 yang disalurkan atas nama nenek kanak-kanak sebagai penjaga.
"Perbincangan lanjut akan diadakan bersama nenek kanak-kanak mengenai hal penjagaan kanak-kanak itu sama ada ingin terus dijaga olehnya ataupun penempatan lain yang sesuai selain bantuan sokongan yang lain akan diberi kepada keluarga tersebut," katanya.
Beliau turut menasihatkan masyarakat untuk peka dan segera melaporkan kepada Talian Kasih 15999 atau pihak berkuasa berdekatan sekiranya terdapat perkara yang mendatangkan kemusykilan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2016
ROHANI: JKM akan turut memberi kerjasama kepada pihak polis.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
10 pelajar lelaki lari asrama sekolah akhlak direman tiga hari
10 pelajar lelaki dari Asrama Akhlak Gajah Mati, Pokok Sena yang melarikan diri dari asrama semalam direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 23 September ini.
Penghuni asrama akhlak akan diasingkan, kata Rohani
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil langkah mengasingkan penghuni tahanan sementara dengan penghuni perintah tetap.