KUALA LUMPUR: Upacara penghormatan terakhir mendiang Datuk Dr Chua Jui Meng akan diadakan selama dua hari bermula esok di Full Gospel Assembly di sini.
Anak lelaki bekas Menteri Kesihatan itu, Vernon Chua, 43, ketika dihubungi Bernama berkata orang ramai boleh melawat dan memberi penghormatan terakhir pada hari berkenaan bermula pukul 3 petang hingga 7 malam.
"Bapa saya akan disemadikan di Nirvana Memorial Park di Shah Alam pada Khamis, 7 Dis ini, kira-kira pukul 10 pagi," katanya.
Vernon berkata upacara persemadian di Nirvana Memorial Park hanya melibatkan ahli keluarga.
Anak bongsu kepada tokoh politik itu menyifatkan bapanya seorang yang sangat penyanyang dan bertanggungjawab terhadap keluarganya serta apa-apa kerja diusahakannya dan pemergiannya menjadi suatu kehilangan besar buat seluruh ahli keluarga.
Chua, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 4.04 petang semalam.
Anak jati Muar, Johor itu antara menteri Kabinet paling lama menerajui Kementerian Kesihatan, selama sembilan tahun dari 1995 hingga 2004.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023

Vernon berkata upacara persemadian di Nirvana Memorial Park hanya melibatkan ahli keluarga. - Gambar fail/FB Anwar Ibrahim
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Menteri Kabinet ajak orang ramai pertahan kemerdekaan, kukuhkan perpaduan
Usaha mencapai kemerdekaan bukanlah suatu yang mudah, dan untuk itu rakyat Malaysia harus mempertahankannya.

Fokus pulih sokongan UMNO, ketepi jawatan dalam kabinet - Dr Akmal
ADUN Merlimau itu menegaskan, selagi kepercayaan berkenaan belum diperoleh semula, beliau akan memilih untuk berada di luar Kabinet.

10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia
PM saksikan 10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet mengangkat sumpah simpan rahsia.

Semua menteri Kabinet diarah jalani ujian COVID-19
Semua menteri Kabinet telah diarahkan untuk membuat ujian saringan COVID-19 susulan dua menteri disahkan positif COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

COVID-19: Potong gaji menteri 30 peratus tidak akan bantu kurangkan beban kerajaan - Pensyarah
Mujibu Abd Muis berpendapat bahawa ia bukan satu cadangan yang baik untuk merancakkan semula ekonomi negara dan membasmi wabak COVID-19.

Jawatan Speaker, tempat duduk Ahli Parlimen antara tumpuan hari pertama Dewan Rakyat Isnin ini
Dewan Rakyat kembali bersidang Isnin ini dengan sebahagian menteri Kabinet bakal berdepan cabaran pertama mereka tahun ini di 'gelanggang' perundangan negara.

Isu Gojek: Pemandu teksi bimbang bakal hilang mata pencarian
Kamarudin berkata, keputusan tersebut tidak sepatutnya dibuat tanpa mengambil kira pandangan pemandu teksi terlebih dahulu.

Anwar sangkal dakwaan jadi dalang penyebaran video intim
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau merupakan dalang di sebalik penyebaran video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet.

Video intim: 'Pemuda UMNO tidak terlibat isu seperti ini'
Pemuda UMNO Kedah menafikan sekeras-kerasnya bahawa pergerakan itu merupakan dalang kepada tersebarnya video tular video intim yang didakwa membabitkan seorang menteri Kabinet.

Polis panggil Shamsul Iskandar beri keterangan petang ini
Beliau berkata, pasukan polis dari Bukit Aman menghubungi pejabatnya pada Khamis dan meminta beliau hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka petang ini.