Kerajaan disaran supaya mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape) dan shisha stick agar sejajar dengan keputusan bahawa hukum menghisap vape dan shisha stick adalah haram.
Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata selaras dengan keputusan pengharaman itu, kerajaan juga perlu mengambil kira perkara yang menyumbang kepada aktiviti berkenaan.
"Dalam Islam diharamkan arak bukan untuk minum saja, penjualan, pelesenan, penyediaan, semua diharamkan apabila kita menyumbang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 Nov lalu memutuskan hukum menghisap vape dan shisha stick adalah haram kerana akan menyebabkan berlaku kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam.
Syeikh Muhamad menjelaskan keputusan itu diambil setelah dibincangkan dengan teliti dan diberi penerangan khusus daripada pihak farmasi, serta berpandu ayat al-Quran.
"Ia hanya mendatangkan kemudaratan khusus kepada generasi yang akan kendalikan urusan pentadbiran negara pada masa akan datang, bukan sahaja orang Islam tapi semuanya," katanya.
Vape dikatakan berbahaya kerana mengandungi sejenis nikotin yang bervariasi iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol dan gliserin, yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine sejenis larutan yang boleh menyebabkan kanser.
Sementara itu Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Mohammad Nazer Mustafa yang turut menyokong sepenuhnya keputusan pengharaman berkenaan berkata penggunaan vape atau sisha stick dilihat sebagai taktik baharu mengambil dadah.
Berbanding penggunaan suntikan jarum sebelum ini, pengguna boleh memasukkan bahan-bahan terlarang ke dalam perisa-perisa Vape sedia ada seperti ganja, syabu serta nikotin, katanya.
Jelasnya perkara tersebut sukar dikawal dan bakal menjadi fenomena membimbangkan apabila pelajar sekolah dilihat antara mereka yang banyak menggunakan vape atau shisha stick.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah Datuk Yusof Ismail turut meminta kerajaan bertindak tegas mengharamkan penjualan dan pengedaran vape di seluruh negara bagi mengelakkan kekeliruan kepada peniaga dan pengguna.
"Kalau misalnya Kedah haramkan, tapi bila orang Kedah ini nak pergi ke negeri yang tidak mengharamkannya, maka adakah dia boleh menggunakannya," katanya.
Bernama
Fri Nov 27 2015
![Pengharaman vape perlu diiringi pengharaman penjualan - Mufti Kedah Pengharaman vape perlu diiringi pengharaman penjualan - Mufti Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51448616456_SyeikhMuhdBaderuddin.jpg)
SYEIKH MUHAMAD BADERUDIN: Selaras dengan keputusan pengharaman itu, kerajaan juga perlu mengambil kira perkara yang menyumbang kepada aktiviti berkenaan. -fotoBERNAMA
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Elak berbalah, kemungkinan anak bulan Syawal kelihatan pada Jumaat tipis - Mufti Kedah Elak berbalah, kemungkinan anak bulan Syawal kelihatan pada Jumaat tipis - Mufti Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681208519_MuftiKedahtarikh.jpg)
Elak berbalah, kemungkinan anak bulan Syawal kelihatan pada Jumaat tipis - Mufti Kedah
Umat islam dinasihatkan agar tidak berbalah dan mempercayai khabar angin tentang spekulasi tarikh Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal nanti.
![Jangan terlalu emosi keluar komen kepada agamawan - Mufti Kedah Jangan terlalu emosi keluar komen kepada agamawan - Mufti Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71643927635_DatukSyeikhFadzil.jpg)
Jangan terlalu emosi keluar komen kepada agamawan - Mufti Kedah
Syeikh Fadzil berkata, Allah meletakkan golongan ulama dan agamawan di tempat yang tinggi dan perlu dihormati masyarakat.
![Curi ketika darurat: Dosa terhapus jika pemilik halalkan - Mufti Kedah Curi ketika darurat: Dosa terhapus jika pemilik halalkan - Mufti Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640597976_SyeikhFadzil.jpg)
Curi ketika darurat: Dosa terhapus jika pemilik halalkan - Mufti Kedah
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, mencuri merupakan satu perbuatan yang salah sama ada dari aspek agama mahupun perundangan, walaupun terpaksa melakukannya untuk kelangsungan hidup.
![Boleh untuk enggan terima vaksin COVID-19, tetapi jangan sebar berita palsu - Mufti Kedah Boleh untuk enggan terima vaksin COVID-19, tetapi jangan sebar berita palsu - Mufti Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612889519_VaksinCOVID.jpg)
Boleh untuk enggan terima vaksin COVID-19, tetapi jangan sebar berita palsu - Mufti Kedah
Mufti Negeri Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang menyatakan bahawa setiap individu mempunyai hak untuk membuat keputusan termasuk bagi tidak menerima suntikan vaksin COVID-19.
![Mansuh kumpulan G25 - Mufti Kedah Mansuh kumpulan G25 - Mufti Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71439568132_NOORFARIDAARIFFIN.jpg)
Mansuh kumpulan G25 - Mufti Kedah
Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad hari ini menyarankan agar kumpulan bekas penjawat awam G25 dimansuhkan.
![Aktiviti golongan muda perlu diselitkan aktiviti keagamaan Aktiviti golongan muda perlu diselitkan aktiviti keagamaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365010284_120x90.jpg)
Aktiviti golongan muda perlu diselitkan aktiviti keagamaan
Kerajaan negeri perlu mengorak langkah, mana-mana program yang melibatkan penyertaan golongan muda haruslah diselitkan dengan aktiviti-aktiviti keagamaan.