Seramai 2,544 penghantar (riders) Foodpanda seluruh negara kini menerima manfaat perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) hasil caruman oleh syarikat Foodpanda Malaysia.
Pengarah Urusan syarikat itu Sayantan Das berkata caruman berjumlah RM199,958.40 telah diserahkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebagai penghargaan kepada para penghantar Foodpanda serta komitmen bagi kebajikan mereka dengan memberi perlindungan keselamatan sosial sekiranya berlaku kejadian luar jangka ketika bekerja.
"Kesihatan dan keselamatan para riders kami adalah keutamaan kami.. Pada awal tahun lepas, kami melancarkan polisi insurans yang bukan sahaja melindungi riders semasa mereka bertugas malah melindungi mereka 24 jam sehari.
"Sumbangan kami kepada Perkeso adalah salah satu inisiatif kami untuk para riders, dan kami sentiasa komited memberikan yang terbaik kepada semua riders kami," katanya dalam satu kenyataan Jumaat malam.
Dalam kenyataan yang sama, Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata kerjasama dengan syarikat peneraju platform makanan dalam talian itu merupakan satu pendekatan progresif bagi memperluaskan jaringan keselamatan sosial di kalangan penghantar barangan dan makanan yang bekerja sendiri.
Katanya Perkeso melalui SKSPS menyediakan perlindungan kepada mereka yang bekerja sendiri, melibatkan 20 sektor tidak formal termasuk sektor pengangkutan barangan dan makanan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789), yang mula dikuatkuasa sejak 1 Jun 2017 secara berperingkat bermula dengan sektor pengangkutan penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas.
SKSPS juga memberi perlindungan kepada orang berinsurans yang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa bekerja termasuk tanggungan mereka jika belaku kematian berkaitan bencana pekerjaan.
Antara faedah yang disediakan melalui skim itu adalah faedah perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, faedah orang tanggungan, faedah pengurusan mayat, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional dan pinjaman pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 18 2020
Kesihatan dan keselamatan para penghantar adalah keutamaan syarikat Foodpanda Malaysia.
[TERKINI] Welcome Remarks: Khazanah Megatrends Forum 2024
Be part of the Khazanah Megatrends Forum 2024 as Datuk Amirul Feisal Wan Zahir, Managing Director of Khazanah Nasional Berhad, delivers the welcome remarks. Gain insights into the strategic directions and future trends that will shape our world. Don’t miss this chance to hear from a leading voice in the industry.
Setahun Gaza berdarah: Setiausaha Agung PBB seru keamanan, keadilan
"Sudah tiba masanya untuk menghentikan pertempuran. Sudah tiba masanya untuk menghentikan penderitaan yang melanda rantau ini."
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 2 Oktober 2024
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan pengambilan untung selepas kenaikan ketara baru-baru ini, sejajar dengan mata wang serantau lain, apabila AS memberi isyarat pengurangan kadar faedah yang lebih rendah pada masa depan.
Fattah, Fazura bercerai talak satu
Pasangan Fattah Amin dan Fazura sah bercerai talak satu hari ini.
Niaga AWANI: Belanjawan Negara: Cerminan Dasar Ekonomi dan Sosial
Belanjawan sesebuah negara bukan sahaja mempengaruhi landskap kewangan tetapi juga kehidupan seharian rakyat. Sejauh manakah belanjawan digunakan untuk menjamin kesejahteraan negara?
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Megatrend Global 2025-2030
Fahami bagaimana 'megatrend' global yang bersifat transformasi, daripada Industri 5.0 kepada urbanisasi pesat dan perubahan demografi, sedang mentakrifkan semula dunia kita. Selain itu, dapatkan gambaran bagaimana megatrend ini memberi kesan kepada teknologi dan industri untuk membantu kita menghadapi peluang dan cabaran yang bakal tiba.
Niaga AWANI: Jiwa SME: Berkongsi rezeki dengan perniagaan menjual semula tudung
Hasmira Hasbulah, peniaga tudung Bawal dari Lahad Datu, telah membangunkan perniagaannya dari kecil ke besar dengan memanfaatkan platform media sosial. Melalui Bia Hasmira, beliau turut membantu suri rumah dan peniaga baru dengan memberi tunjuk ajar percuma mengenai pemasaran produk.
Mangsa banjir di Johor, Kedah dan Perak meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir di PPS di Johor, Kedah dan Perak semakin meningkat pagi ini manakala di Selangor bilangan mangsa banjir sedikit menurun.
Niaga AWANI: Analisis Pasaran: Strategi Pelaburan Dalam Menghadapi Penurunan FBMKLCI
FBMKLCI ditutup pada 1,629.97 minggu lalu, mengalami penurunan sebanyak 1.81%. Ini berbeza dengan pasaran serantau seperti Hong Kong yang melonjak 11% dalam tempoh yang sama. Dengan kebimbangan geopolitik yang semakin meningkat, para pelabur tertanya-tanya, adakah penurunan Bursa Malaysia ini akan berterusan atau akan kembali pulih? Mohd Sedek Jantan, Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, menjawab beberapa persoalan penting.
Niaga AWANI: Niaga hadapan MSM dijangka diniaga dengan kecenderungan menaik minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah dan minyak kacang soya, kata seorang peniaga.
Lebih 145,000 penghantar barangan dan makanan kini dilindungi - Perkeso
Grab Malaysia dan Foodpanda mendaftarkan hampir kesemua rakan penghantar mereka di bawah program SPS Lindung.
Tak boleh 'fly' bukan halangan untuk buat amal
Pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai terjejas, ada yang dibuang kerja, ada yang bekerja dari rumah dan ada yang 'direhatkan' sementara, sehingga tempoh tertentu.
Penghantar makanan depani risiko demi menjaga perut pelanggan
Selain peniaga, sudah tentu khidmat penghantara makanan ketika ini menjadi pilihan utama orang ramai untuk mendapatkan makanan kegemaran mereka tanpa perlu keluar rumah.