Dalam satu mesej video yang menandakan genap setahun perang genosid yang berterusan ke atas Gaza, Guterres menekankan keperluan masyarakat antarabangsa untuk memberi tumpuan kepada "peristiwa mengerikan" yang berlaku, sambil menyatakan solidariti dengan mangsa dan keluarga mereka.
Beliau turut berkata, rakyat Lubnan turut menderita akibat perang ini, sambil menekankan keperluan mendesak untuk menghentikan pertempuran dan mengakhiri penderitaan yang melanda rantau terbabit.
"Sudah tiba masanya untuk membebaskan tawanan.
"Sudah tiba masanya untuk menghentikan pertempuran. Sudah tiba masanya untuk menghentikan penderitaan yang melanda rantau ini.
"Sekarang adalah masanya untuk keamanan, undang-undang antarabangsa dan keadilan," katanya.
Guterres turut menekankan kepentingan untuk terus berusaha mencapai penyelesaian kekal terhadap konflik ini, yang membolehkan Palestin, Israel, dan semua negara lain di rantau ini hidup dalam keadaan aman, bermaruah, dan saling menghormati. - BERNAMA