KUALA LUMPUR: Seorang penghantar barang dihukum penjara 14 hari dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menerima suapan RM3,000 untuk meluluskan invois cukai bagi pembayaran perkhidmatan keselamatan.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Habib Rahman Anwar Basha, 48, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes itu hari ini dan memerintahkan lelaki itu dipenjara 10 bulan, sekiranya gagal membayar denda.
Habib Rahman, yang ketika itu bertugas sebagai pembantu perkhidmatan bangunan di sebuah syarikat didakwa menerima suapan berjumlah RM3,000 daripada S. Kumaran, 48, yang ketika itu pengarah Syarikat G15 Security Sdn Bhd sebagai upah untuk meluluskan invois cukai pembayaran perkhidmatan keselamatan bagi Disember 2016 yang dikemukakan oleh syarikat itu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Pandan Indah di sini pada 10.22 malam, 29 Mei 2017.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Mengikut fakta kes, tertuduh meminta Kumaran membayar 'komisen' sebanyak RM3,000 kepadanya bagi tuntutan Disember 2016, menyebabkan pengarah itu membuat aduan kepada SPRM.
Rakaman perbualan telefon antara tertuduh dan pengadu dirakam oleh pihak SPRM dan hasil rakaman mendapati tertuduh mempunyai niat untuk mengambil wang rasuah berjumlah RM3,000 di sebuah bank di Jalan Pandan Indah, pada kira-kira 10 malam.
Semasa ditahan SPRM, tertuduh telah mengeluarkan satu ikatan wang yang berlipat daripada poket kanan baju Melayunya dan wang itu merupakan wang yang diterima daripada pengadu.
Terdahulu, peguam Datuk Zailan Mohamed yang mewakili Habib Rahman merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya perlu menyara empat anak dan seorang isteri yang sakit.
"Jika dia dikenakan hukuman penjara dalam tempoh yang lama, ia akan menjejaskan pendapatannya untuk menyara keluarga," katanya dan menyatakan anak guamnya kini bekerja sebagai penghantar barang.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nor Diana Nor Azwa memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana kesalahan itu adalah serius.
"Mahkamah perlu mengambil kira faktor kepentingan awam dengan mengenakan hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh dan peringatan kepada orang awam agar tidak mengulangi kesalahan sama di masa depan.
"Kami mohon mahkamah mengambil kira jenayah yang dilakukan adalah dirancang dan ia boleh dilihat menerusi siri perbualan tertuduh dengan pengadu sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 28 2022

Seorang penghantar barang dihukum penjara 14 hari dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menerima suapan RM3,000 untuk meluluskan invois cukai bagi pembayaran perkhidmatan keselamatan. - Gambar hiasan

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Penghantar barang didakwa tipu urusan jual beli kenderaan lelong JPJ
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kampung Sungai Serdang, Kapar, dekat Kuala Selangor antara 11 Sept dan 3 Okt 2024.

Penghantar barang rugi RM63,826 akibat 'love scam'
Akibat termakan pujuk rayu seorang wanita yang dikenali hanya dalam tempoh 20 hari, seorang penghantar barang terpaksa berputih mata selepas kerugian sebanyak RM63,826 kerana diperdaya 'love scam'.

Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.

Pukul isteri dengan batang penyapu sawang, penghantar barang dipenjara lima tahun
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara daripada tarikh tangkap pada 21 Ogos lepas.

Penghantar barang didakwa bunuh pemandu teksi
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris, 51 tahun.

Penghantar barang larikan iPhone X diberkas
Lelaki itu berpura-pura menjadi pelanggan sebelum mencuri telefon bimbit berkenaan pada jam 3.30 petang 27 Mac lalu.

Penghantar barang didakwa edar syabu 112.48kg
Seorang penghantar barang didakwa atas kesalahan mengedar dadah jenis syabu seberat 112.48 kilogram, 9 Dis lepas.

Kes dadah: Mahkamah tolak rayuan bekas penghantar barang, hukuman 20 sebatan kekal
Seorang bekas penghantar barang gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan supaya hukuman 10 sebatan yang dijatuhkan ke atasnya bagi dua kesalahan memiliki dadah berjalan serentak.

Takut kena saman tiada cermin sisi, polis parah dirempuh penghantar barang
Penghantar barangan yang melanggar anggota polis ketika cuba meloloskan diri dipercayai bertindak demikian kerana motosikal yang ditunggang tidak mempunyai cermin sisi.

Penghantar barang ditahan buat aksi tak senonoh terhadap kanak-kanak
Pada Isnin jam 6 petang, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan telah diganggu lelaki tidak dikenali dalam lif.