Penggunaan vape dalam kalangan murid sekolah ketika ini membimbangkan!

Setiausaha Agung Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, pemantauan dan tidakan harus dilakukan segera termasuk larangan penjualan kepada kanak-kanak dan pelajar sekolah.

Sha'ani mengulas berikutan trend membimbangkan itu sudah melarat ke peringat murid sekolah rendah.





Sebelum ini Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Datuk Sabuddin Sani mengakui, walaupun gejala itu masih pada skala terkawal, namun tindakan proaktif perlu diambil segera oleh semua pihak terutama ibu bapa untuk menangani isu berkenaan.

Jelasnya, ibu bapa juga harus menjadi suri teladan dan bukan hanya menyalahkan anak-anak apabila mereka mula terjebak dengan perkara negatif sebegini.

BACA: Tangani segera isu pelajar hisap vape - MPSM

Sementara itu Kerajaan Negeri Perak akan meletakkan isu ketagihan rokok elektronik atau vape dalam kalangan murid sebagai keutamaan, bagi mengekang perkara itu daripada menular, terutama di sekolah rendah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Negeri, Dr Abdul Aziz Bari berkata setakat ini, tiada laporan mengenai ketagihan vape dalam kalangan murid sekolah rendah di Perak.

BACA: Kerajaan Negeri Perak pandang serius isu murid ketagih vape

Kementerian Pendidikan (KPM) pula mengumumkan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengatasi masalah penjualan rokok elektronik dan vape kepada murid sekolah.

Selain itu KPM turut mengambil langkah sewajarnya dalam memberi pendedahan tentang larangan membeli dan bahaya penggunaan bahan-bahan seumpama itu dari sudut kesihatan.

BACA: KPM, KPDNHEP bekerjasama tangani isu jualan vape kepada murid sekolah

Namun vape, yang telah menjadi fenomena sejak beberap tahun yang lalu, kini semakin popular di kalangan pelajar sekolah rendah.

Ada juga makin berani dan tiada lagi segan silu menghembuskan asap rokok elektronik di khalayak awam atau sejengkal dari pagar sekolah.

BACA: Anak kecil pandai buat 'O'