KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk menggunakan perkhidmatan penyedia internet satelit seperti Starlink di kawasan yang tidak mendapat capaian internet yang bagus adalah sebagai penyelesaian sementara, ketika solusi jangka panjang sedang dilaksanakan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata perkhidmatan internet itu sesuai sebagai penyelesaian sementara kerana ia bersifat plug and play, mempunyai kelajuan internet yang laju selain harga yang ditawarkan adalah berpatutan.
"Di Malaysia, kita ada empat penyedia perkhidmatan internet melalui satelit termasuk Starlink. Ini bukanlah keputusan komersial. Manfaat teknologi ini sesuai untuk tujuan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Wangsa Maju Kita Punya yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Taman Tasik Danau Kota, di sini hari ini.
Mengulas lanjut mengenai teknologi internet satelit, Fahmi berkata kerajaan turut dalam perbincangan untuk meluaskan penggunaannya di sekolah dan klinik kesihatan di Sabah dan Sarawak.
"Saya sedang berurusan dengan Menteri Kesihatan (Dr Zaliha Mustafa), Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) berhubung perkara itu," katanya.
Pada 15 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bercadang menggunakan 40 peranti Starlink di institusi pengajian tinggi untuk menaik taraf kemudahan capaian internet supaya lebih meluas dan pantas, susulan perjumpaan secara maya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Starlink Elon Musk.
Sementara itu Fahmi berkata beberapa syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) telah menawarkan untuk memberi pakej internet 5G Rahmah yang lebih baik daripada pakej dasar iaitu RM60 untuk 60 gigabit (GB).
Menurutnya syarikat-syarikat itu menyatakan bahawa mereka akan menyediakan pakej 5G Rahmah dengan harga yang lebih murah, atau menyediakan kapasiti yang lebih tinggi pada harga dasar, iaitu RM60.
"Insya-Allah pada 31 Ogos nanti, kita akan ada base iaitu RM60 untuk 60GB, tetapi akan ada juga telco yang menyediakan pada harga yang lebih rendah atau mereka tawarkan (kapasiti data) lebih tinggi," katanya.
Pakej 5G Rahmah yang menawarkan pakej telefon pintar 5G jenama Samsung dan Honor pada harga serendah RM240 beserta pelan data 60GB dengan harga RM60 telah diumumkan pada 7 Ogos lepas, dan dijangka mula dilaksanakan pada 31 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap melancarkan program Wangsa Maju Kita Punya sempena sambutan Hari Kebangsaan di Taman Tasik Danau Kota, hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Jenayah | PRK Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Sindiket penipuan pekerjaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes Kolej Vokasional Lahad Datu: Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
AWANI Tonight: Retirement: Securing a better future beyond EPF dividend
The EPF's 6.3% dividend for 2024 brings relief to many, but Dr. Paul Anthony Maria Das of Taylor’s University warns that relying solely on EPF savings is no longer a sustainable strategy for long-term financial security.
AWANI Tonight: Overseas-born kids of M'sian mums eligible for citizenship
Children under 18, born overseas to Malaysian mothers, can now apply for Malaysian citizenship following a settlement between advocacy group Family Frontiers, six Malaysian mothers, and the government.
AWANI 7:45 [10/3/2025] – Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang | Lebih seribu laporan tempoh Januari 2025 | Semak fakta | Keindahan sungai Terengganu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
📌Tak jadi papa kedana, gaji Ahli Parlimen sehingga 40 ribu ringgit - PM
📌Serangan seksual wanita, kanak-kanak meningkat ketara, sangat membimbangkan
📌Menteri Kesihatan kena semak fakta, kos pesakit ada dan tiada insurans, perbezaan tidak ketara
📌Buka puasa atas bot sambil nikmati keindahan alam jadi trend
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
📌Tak jadi papa kedana, gaji Ahli Parlimen sehingga 40 ribu ringgit - PM
📌Serangan seksual wanita, kanak-kanak meningkat ketara, sangat membimbangkan
📌Menteri Kesihatan kena semak fakta, kos pesakit ada dan tiada insurans, perbezaan tidak ketara
📌Buka puasa atas bot sambil nikmati keindahan alam jadi trend
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Fiji berminat contohi model pembangunan Malaysia - PM Anwar
Fiji menyatakan minat terhadap model pembangunan Malaysia, khususnya pendekatan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memperkasakan sektor ekonomi dan pendidikan negara.
#AWANIRingkas 10 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 10 Mac 2025
1️⃣26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
2️⃣ KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
3️⃣ Ascend Airways Malaysia mula operasi akhir tahun
#awaniringkas
1️⃣26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
2️⃣ KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
3️⃣ Ascend Airways Malaysia mula operasi akhir tahun
#awaniringkas

Hanoi larang lawatan di jalan kereta api
Jabatan Pelancongan Hanoi meminta agensi pelancongan agar tidak menganjurkan lawatan ke jalan kereta api di wad Cua Nam, Hang Bong dan Cua Dong.

Sindiket penipuan pekerjaan: 26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo
Daripada jumlah itu terdapat empat tapak menara telekomunikasi di negeri ini belum mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan memandangkan projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan hutan.

SpaceX kawal 62% satelit aktif di angkasa
Perkhidmatan internet Starlink ditawarkan di lebih 100 negara, termasuk Malaysia. Bergerak ke hadapan, lebih banyak satelit Starlink dijangka dilepaskan ke angkasa.

Rekaan Starlink Mini tertiris dengan antena lebih kecil
Rekaan Starlink Mini telah tertiris dengan antena hgan.

Pentagon halang Rusia guna kelengkapan Starlink di medan perang
Kit Starlink masih boleh dibeli di Rusia walaupun ia tidak dijual secara rasmi. Akaun didaftarkan di bawah nama pengguna warga Eropah untuk mengelakkan ia dikesan.

Taiwan akan bina rangkaian internet satelit sendiri
Perkhidmatan seperti Starlink wujud, tetapi Taiwan risau ia boleh tergendala bila-bila masa mengikut kehendak SpaceX.

Starlink dicadang untuk buka pejabat di Malaysia - Fahmi
Kementerian Komunikasi telah menyuarakan cadangan kepada Starlink supaya membuka pejabatnya di Malaysia bagi memudahkan urusan pihak yang ingin mendapatkan perkhidmatan mereka di dalam negara.

Starlink bakal nyahorbit 100 satelit bermasalah
Kesemua 100 satelit ini masih lagi berfungsi tetapi isu yang dikesan membuatkan ia boleh berhenti beroperasi pada bila-bila masa.

Measat kini pengedar rasmi Starlink di Malaysia
Measat kini mengumumkan mereka telah secara rasminya dilantik menjadi pengedar rasmi Starlink di Malaysia.

Starlink lancar satelit sokong rangkaian selular
Teknologi ini turut membolehkan rangkaian selular satelit dinikmati ketika berada di tengah-tengah laut.