Plus Malaysia Berhad (PLUS) menasihati pengguna lebuh raya terutama penunggang motosikal supaya tidak menggunakan lorong kecemasan semasa pulang ke kampung pada musim perayaan ini bagi mengurangkan risiko kemalangan maut.
Ketua Pegawai Operasinya, Zakaria Ahmad Zabidi berkata laluan itu amat berbahaya kepada penunggang motosikal kerana terdapat banyak kenderaan rosak dan lori yang diletakkan di lorong kecemasan itu.
"Berdasarkan statistik Ops Selamat 2018, lebih 60 peratus kemalangan maut dan kes kematian di lebuh raya melibatkan motosikal.
"Daripada jumlah itu, 77 peratus kemalangan melibatkan motosikal di lorong kecemasan," katanya pada sidang media persediaan PLUS menghadapi pertambahan trafik dan kempen Aidilfitri di Persada PLUS di sini hari ini.
Justeru, beliau menasihati penunggang motosikal memakai pakaian cerah dan pantul cahaya serta membuat perjalanan pada waktu siang supaya mudah dilihat oleh pengguna lebuh raya lain.
PLUS menjangkakan kira-kira dua juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya kendaliannya pada setiap hari puncak di musim perayaan Aidilfitri akan datang, dengan peningkatan 18 peratus berbanding 1.7 juta pada hari biasa.
Zakaria juga menasihati orang ramai mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS bagi membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan balik kampung masing-masing.
"Bagi perjalanan balik kampung antara 30 Mei dan 10 Jun, pengguna yang bergerak ke destinasi jauh dari Lembah Klang seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor disarankan agar memasuki lebuh raya sebelum 10 pagi.
"Sementara pengguna lebuh raya yang menghala ke lokasi berdekatan seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor pula boleh memasuki lebuh raya selepas 10 pagi," katanya.
Mengenai diskaun tol lebuh raya PLUS sempena Aidilfitri, Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata ia akan diumumkan Menteri Kerja Raya Baru Bian pada hari Selasa ini (28 Mei).
Beliau berkata bagi menikmati lebih keselesaan dalam perjalanan, pengguna lebuh raya disaran mendaftar sebagai anggota PLUSMiles dan memuat turun aplikasi PLUSMiles bagi menebus mata ganjaran di 165 outlet bagi kesemua 13 rakan niaga yang mengambil bahagian di sepanjang lebuh raya PLUS.
Barangan yang boleh ditebus termasuk makanan dan minuman melibatkan 24 menu dan 7,000 kuantiti penebusan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2019

Pengguna lebuh raya terutama penunggang motosikal disaran agar tidak menggunakan lorong kecemasan semasa pulang ke kampung pada musim perayaan ini. -Gambar hiasan
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Hujan lebat di ibu negara: Tiga kejadian pokok tumbang, empat kenderaan rosak
Hujan lebat petang tadi menyebabkan tiga kejadian pokok tumbang dilaporkan di Gombak dan Petaling Jaya, Selangor serta Desa Melawati, namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Bongkah batu atas jalan, polis KLIA terima lima laporan
Siasatan di lokasi mendapati sebanyak lapan kereta dan satu motosikal terlibat dalam kejadian terbabit.

Kren terjatuh di Bangkok, seorang pekerja maut
Ketika kejadian operator sedang menaikkan kedua-dua mangsa yang berada dalam bakul untuk menukar cecair penyerap hentak jenis hidraulik.

Struktur bumbung runtuh hempap kereta
Difahamkan beberapa kenderaan tersebut rosak dipercayai terkena serpihan struktur bumbung yang terjatuh.

Rumah, kenderaan rosak dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat
15 pokok tumbang akibat kejadian hujan lebat sehingga menjejaskan bahagian hadapan tujuh rumah.

Enam kenderaan rosak akibat tangki pecah di pangsapuri Sepang
Serpihan tangki air yang jatuh telah menimpa kenderaan di bawah blok apartment terbabit.

Enam kenderaan rosak ditimpa tembok penahan jalan
Tinjauan di lokasi mendapati enam kenderaan pelbagai jenis tidak dapat bergerak atau dialihkan disebabkan runtuhan tersebut.

Lapan kenderaan rosak teruk dihempap bongkah batu
Lapan kenderaan rosak teruk setelah ditimpa bongkah batu yang jatuh dari bukit berhampiran dalam kejadian di Pangsapuri Taman Bukit Permai, Pandan Indah di sini awal pagi tadi.

Hampir 20 syarikat automotif setuju sertai inisiatif baucar diskaun - Tengku Zafrul
Hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia.

Pengguna motosikal dinasihat elak guna lorong kecemasan di lebuh raya
Laluan itu amat berbahaya kepada penunggang motosikal kerana terdapat banyak kenderaan rosak dan lori yang diletakkan di lorong kecemasan itu.