PUTRAJAYA: Calon kerusi Speaker Dewan Negara telah diputuskan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri selepas nama dicadangkan.
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
"Saya serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengumumkan calon tersebut sebelum Dewan Negara bersidang pada pertengahan Mac depan," katanya menerusi sidang akhbar di sini pada Rabu.
Speaker Dewan Negara sebelum ini disandang Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum meletak jawatan pada 19 Januari.
Beliau kemudiannya mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Sarawak pada Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 29 Januari lalu.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu keluar daripada persaraan demi berkhidmat untuk negara apabila menerima tawaran untuk mengisi kekosongan jawatan Speaker Dewan Negara.
Wan Junaidi menggantikan Tan Sri Rais Yatim, yang tamat perkhidmatan pada 16 Jun tahun lalu.
Dalam pada itu, Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata, calon Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) juga telah diluluskan.
"Sekarang sedang menunggu beberapa dokumen pentadbiran dan ia akan diumumkan selepas proses selesai sepenuhnya," katanya.
Jawatan Ketua Pengarah J-KOM kosong sejak 16 November lalu selepas penyandangnya, Datuk Mohammad Agus Yusoff meletak jawatan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 07 2024
FAHMI: "Saya serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengumumkan calon tersebut sebelum Dewan Negara bersidang." - Gambar fail
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Pengganti Speaker Dewan Negara telah diputuskan - Fahmi
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.