Dalam membendung keganasan, terdapat keperluan untuk menghalang para pengganas daripada mendapatkan dana dan bantuan kewangan daripada mana-mana pihak, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka juga perlu dihalang daripada mengendalikan bahan letupan, pembuatan bom dan senjata api.
"Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, kita mesti menghalang mereka daripada mempunyai akses kepada Improvised Explosive Device (IED) (peranti letupan diubah suai), dan mana-mana komponen yang berkaitan nuklear," katanya.
Ahmad Zahid dalam ucapannya mengenai keganasan, pelampau dan deradikalisasi dalam sesi "Perbualan dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia" dengan pelajar dari universiti-universiti Amerika pada Sabtu, di sini berkata Malaysia telah mengambil tiga langkah utama dalam perjuangan menentang keganasan.
Program ini dikendalikan Prof Amitav Acharya, profesor hubungan antarabangsa universiti itu yang berkhidmat sebagai pengerusi Pusat Pengajian ASEAN di universiti itu.
Satu lagi isu penting yang perlu ditangani segera ialah penggunaan media sosial dalam menyebarkan ideologi Daesh dalam kalangan masyarakat, kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.
Oleh itu, dalam menangani isu ini, kerajaan Malaysia bersama-sama dengan rakan kongsi antarabangsanya termasuk Amerika Syarikat telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi dengan tujuan menjalankan pendekatan Memerangi Secara Naratif untuk mengelakkan Daesh daripada menyebarkan ideologinya, maklumat palsu dan merekrut anggota baharu, katanya.
Ahmad Zahid berkata: "Kita perlu memecahkan momentum kumpulan itu, dan akhir sekali sokongannya. Matlamat kami bukan untuk menghalang atau menbendung Daesh tetapi untuk mengalahkan dan memusnahkan Daesh," katanya.
Bagi memastikan bahawa Malaysia boleh mencapai kemenangan ke atas pemimpin dan rangkaian pengganas, wujud keperluan untuk meneruskan strategi memerangi keganasan secara menyeluruh, katanya.
"Sesuatu yang memahat misi bersama kita ke atas Daesh dalam perjuangan yang lebih luas terhadap jihad radikal yang lebih besar daripada mana-mana satu kumpulan, sama ada alQaeda atau ISIS atau rangkaian lain yang sama," katanya.
Ahmad Zahid berkata, dunia sedang menghadapi perang secara langsung terhadap "satu musuh yang dikongsi dan perjuangan generasi ke atas ideologi yang berakar umbi dan tidak akan mudah dikikis.
"Keghairahan itu timbul kerana terlalu berpegang teguh dan kesetiaan yang tidak berpandangan jauh kepada satu misi di mana banyak militan ini tidak memahami sepenuhnya, namun mereka masih mengabadikan diri secara membuta tuli.
"Saya percaya ia adalah satu keghairahan - wadah emosi yang amat besar dalam radikal dan ekstremis - yang kita perlu kenal pasti dan tangani," katanya.
Ahmad Zahid berkata negara-negara tidak seharusnya hanya melabur dan memperuntukkan sebahagian besar daripada belanjawan mereka untuk operasi memerangi keganasan.
Mereka juga perlu melabur dalam program pemulihan yang tidak berbahaya dan deradikalisasi semula, katanya.
"Menangani keganasan dan ekstremisme akan menjadi satu daripada isu pada masa kita sekarang. Ia hanya akan dapat dicapai sekiranya kita bersedia untuk melibatkan diri secara konstruktif antara satu sama lain, dan untuk mengekalkan keamanan bagi menggantikan konflik," katanya.
Beliau berkata menangani keganasan dan ekstremisme adalah satu usaha kolektif dan Malaysia percaya bahawa kerjasama antarabangsa dan perpaduan adalah penting dalam memastikan kejayaannya.
Ahmad Zahid, yang menerima tepukan sanjungan sambil berdiri daripada pelajar universiti itu juga menjawab soalan peserta yang kebanyakannya menyentuh usaha Malaysia membendung keganasan.
Bernama
Sun Apr 03 2016
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Makan Malam bersama Kapten-kapten Industri Amerika Syarikat Sabtu malam. - Gambar Bernama
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.