BUTTERWORTH: Mahkamah Tinggi Butterworth, hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan pengetua sebuah sekolah menengah daripada pertuduhan amang seksual fizikal ke atas empat pelajar lelaki, lima tahun lalu.
Keputusan itu dibuat Hakim Fathiyah Idris terhadap Zainuren Mohamed, 59, selepas berpuas hati dengan hakim perbicaraan sebelum ini yang membuat penilitian sewajarnya ke atas semua saksi pendakwaan.
Fathyiyah berkata, berlaku percanggahan dalam pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas apabila mangsa mendakwa berlaku beberapa siri amang seksual tetapi apabila disoal balas, dia mengakui kejadian itu tidak berlaku.
Dengan itu, keterangan mangsa bercanggah secara material dan kredibilitinya terjejas sekali gus menyebabkan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahrezal Mohd Shukri manakala tertuduh diwakili peguam E Gnasegaran, Audrey Wee Li Ye dan S Vikneswaran.
Gnasegaran ketika ditemui di luar mahkamah berkata, sejak awal lagi beliau yakin anak guamnya tidak bersalah kerana kredibiliti mangsa terjejas selain memberi keterangan yang bercanggah.
Pada Mei tahun lalu, Mahkamah Seysen melepas dan membebaskan Zainuren daripada pertuduhan melakukan amang seksual terhadap empat pelajar lelaki kerana berlaku percanggahan dalam keterangan mangsa.
Pada Januari 2019, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajarnya berusia 11, 13 dan 14 tahun serta meminta dibicarakan bagi pertuduhan berkenaan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik khas pengetua dan asrama di sebuah sekolah di Butterworth antara jam 4 petang hingga 11.40 malam antara 6 April hingga 10 Oktober 2018.
Zulfa Mohamad
Wed Jul 12 2023
Pada Mei tahun lalu, Mahkamah Seysen melepas dan membebaskan Zainuren (gambar) daripada pertuduhan melakukan amang seksual terhadap empat pelajar lelaki kerana berlaku percanggahan dalam keterangan mangsa. - Gambar/ Astro AWANI
Trump larang 'dolar digital', AS ketinggalan dalam persaingan mata wang global
Trump menandatangani perintah eksekutif yang angtara lain melarang institusi Amerika daripada membangun, mengeluar atau menggunakan CBDC.
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.
AWANI Ringkas: Perbicaraan kes Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Di Sarawak, jumlah mangsa berkurangan kepada 6,160 orang berbanding 6,259 orang.
Penyelenggaraan berkala atasi masalah banjir di Sabah - Jeffrey
"Penyelenggaraan yang dijalankan tiga kali setahun dengan kos RM40 juta tidak mencukupi bagi memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik."
Ancaman penipuan dalam talian, keselamatan siber tumpuan hari pertama perbahasan Titah Agong
Kerajaan dicadang tubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu penipuan kewangan dalam talian termasuk pelaburan dan penawaran peluang pekerjaan.
Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM
Budaya tidak cakna dan meletakkan sempadan kepada kesengsaraan rakyat Palestin perlu dibendung.
AWANI 7:45 [4/2/2025] – Imbangi Kesan Harga Beras | 85 Peratus Tidak Terkesan | Perkhidamatan Tambahan KTM Komuter | Harga Prihatin
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Harga lantai belian padi, subsidi diumum minggu depan
- Tarif elektrik naik Julai ini, tapi 85% rakyat tidak terkesan
- Harga kasih sayang, ibu bapa serbu premis jual baju sekolah
- WHO tidak temukan kaitan guna telefon bimbit dengan kanser
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Harga lantai belian padi, subsidi diumum minggu depan
- Tarif elektrik naik Julai ini, tapi 85% rakyat tidak terkesan
- Harga kasih sayang, ibu bapa serbu premis jual baju sekolah
- WHO tidak temukan kaitan guna telefon bimbit dengan kanser
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.
Pengetua mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar perempuan 16 tahun
Seorang pengetua sekolah mengaku tidak bersalah berkomunikasi secara seksual dan amang seksual bukan fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 2 Julai lalu.
Kes keracunan makanan: Tujuh individu lagi dirakam keterangan
Polis merakam keterangan tujuh lagi individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang remaja lelaki dan kanak-kanak dua tahun disyaki akibat keracunan makanan.
Kemasukan Tingkatan Enam hanya melalui pengetua sekolah
Kemasukan pelajar bagi menyambung pengajian ke Tingkatan Enam kini hanya perlu melalui pengetua sekolah dan tidak lagi perlu memohon tawaran kemasukan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pengetua dilepas, bebas daripada pertuduhan amang seksual fizikal terhadap pelajar
Mahkamah Tinggi Butterworth mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan pengetua sebuah sekolah menengah daripada pertuduhan amang seksual fizikal ke atas empat pelajarnya.
Remaja cekik adik: Pengetua sekolah dipanggil beri keterangan
JPN Melaka telah memanggil pengetua sekolah yang didakwa berlaku kes buli hingga menyebabkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun mencekik adiknya hingga mati.
Kontroversi sukan ikut kaum: Pengetua sekolah menghadap TMJ
Tunku Ismail, berkata sekolah adalah tempat untuk memupuk semangat perpaduan antara rakyat Johor, bukan untuk memecahbelahkan masyarakat.
Pengetua didakwa hantar mesej seksual kepada pelajar disiasat
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah menyiasat dakwaan seorang pengetua sebuah sekolah di sini menghantar mesej berunsur seksual kepada pelajar.