KUALA LUMPUR: Pengerusi Malaysia Building Society Bhd (MBSB) Tan Sri Azlan Zainol meninggal dunia hari ini pada usia 72 tahun, menurut satu kenyataan dikeluarkan MBSB.
MBSB berkata Allahyarham meninggal dunia pada pukul 2.40 petang hari ini di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor.
Azlan menerajui kumpulan itu sejak Mac 2021 dan mempunyai pengalaman perbankan selama lebih 30 tahun dengan latar belakang yang kukuh dalam perakaunan, selain itu Allahyarham juga adalah Pengerusi MBSB Bank Bhd.
"Azlan dikenali dengan gaya kepimpinannya yang tegas dan berorientasikan hasil dan melaksanakan inisiatif yang berjaya di MBSB termasuk Rangka Kerja Kelestarian yang siap sepenuhnya pada suku ketiga 2022," kata kumpulan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Datuk Nor Azam M Taib berkata Azlan adalah seorang tokoh yang disegani dalam industri perbankan dan mempunyai kepakaran luas dalam perbankan dan strategi perniagaan.
"Kumpulan MBSB sangat bertuah kerana mendapat bimbingan dan kepimpinan eksekutifnya. Azlan sentiasa melakukan yang terbaik dan itulah cara Allahyarham membawa perubahan positif kepada kumpulan dan menyelia pembangunan Rangka Kerja Kelestarian kumpulan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023
Pengerusi Malaysia Building Society Bhd (MBSB) Tan Sri Azlan Zainol meninggal dunia hari ini pada usia 72 tahun.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Jho Low di Myanmar? Bukit Aman belum terima maklumat
Tan Sri Razarudin Husain berkata Polis Diraja Malaysia tidak mempunyai maklumat keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low yang didakwa berada di Myamnar.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
TERKINI] Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Hasil lawatan PM ke luar negara peroleh pelaburan RM12.8 bilion
Jelas Menteri Komunikasi ia termasuk pembukaan pasaran baharu, pengukuhan diplomatik, perkongsian strategik dalam tenaga boleh diperbaharui, pensijilan halal serta penubuhan ekosistem baharu di Afrika Utara dan Amerika Latin.
Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan
Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan kepada keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan.
Kos dibiayai Kerajaan untuk deligasi rasmi berjumlah RM1.662 juta
Jelas Menteri Komunikasi merangkap jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil, Kerajaan Malaysia membayar untuk penerbangan Perdana Menteri dan beliau tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat.
Pendakwaan kes palsu pasport Britain ditangguh
Pendakwaan terhadap seorang warga Syria yang terlibat dalam kes pemalsuan pasport Britain ditangguhkan kepada 5 Disember ini selepas lelaki berkenaan tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Abai fardu kifayah punca negara Islam tak jadi kuasa besar
Pengabaian umat Islam terhadap tanggungjawab fardu kifayah menjadi punca ketiadaan kuasa besar di kalangan negara-negara Islam yang mampu menakutkan musuh.
Doktor dituduh rakam punggung wanita
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
Pengerusi MBSB Azlan Zainol meninggal dunia
Pengerusi Malaysia Building Society Bhd (MBSB) Tan Sri Azlan Zainol meninggal dunia hari ini pada usia 72 tahun, menurut satu kenyataan dikeluarkan MBSB.