Kerajaan masih belum menetapkan sebarang keputusan sama ada untuk menilai semula subsidi petrol ataupun tidak susulan penggantungan sementara pengeluaran di dua loji minyak Aramco.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penggantungan sementara itu dilihat bakal memberi kesan kepada harga minyak di seluruh dunia.
“Kalau dia terpaksa henti pengeluaran minyak yang ditapis sebanyak satu bilion barrel, tentu mempunyai kesan terhadap harga minyak di seluruh dunia.
“Di Malaysia ini bila harga minyak naik kita beri subsidi. Kalau di United Kingdom, harga minyak naik ia akan naikkan cukai.
“Jadi bagi dia (UK), orang dia tak mengadu, tapi sebenarnya harga minyak di Malaysia ini adalah antara yang termurah di dunia,” katanya pada sidang media di sini pada Ahad.
Ditanya sama ada beliau akan menilai semula subsidi petrol, Dr Mahathir tidak menyatakannya secara terperinci.
Pada Sabtu, Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz Bin Salman mengakui, penggantungan itu disebabkan oleh serangan yang dilakukan pemberontak Yemen.
Ia sekali gus mengganggu kira-kira separuh penghasilan keseluruhan syarikat berkenaan iaitu gangguan pada kira-kira 50 peratus pengeluaran keseluruhannya.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Sep 15 2019

Dr Mahathir Mohamad menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan The Putrajaya Boat Race 2019 yang berlangsung di Kelab Tasik Putrajaya pada Ahad. - Gambar Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Konflik Yaman: Houthi dakwa serang bandar Arab Saudi, Aramco
Pergerakan Houthi yang bersekutu dengan Iran di Yaman berkata pada Sabtu, ia menembak 14 dron ke beberapa bandar Arab Saudi.

Untung Aramco jatuh 44 peratus pada 2020
Kejatuhan untung ini susulan pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada permintaan minyak global.

Presiden baharu Petronas Tengku Taufik berpengalaman luas dalam sektor minyak dan gas
Pelantikan Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Trump umum sekatan baru atas Iran susulan serangan loji minyak
Namun, Presiden Amerika Syarikat (AS) itu memberi bayangan tidak akan membuat keputusan menyerang republik berkenaan.

Malaysia kutuk serangan dron ke atas kilang minyak Aramco
Malaysia hari ini mengutuk serangan dron terhadap dua kilang minyak Aramco di Arab Saudi pada 14 Sept lepas.

Korea Selatan akan pertimbang guna minyak rizab jika berlaku gangguan bekalan
Minyak rizab gabungan yang dipegang oleh kerajaan Korea Selatan dan penapis tempatan berjumlah 200 juta tong pada 2018.

Jika pelantar minyak Arab Saudi diserang lagi, Amerika sudah 'bersedia' - Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata negara itu kini dalam keadaan bersiap-siaga kepada sebarang potensi kemungkinan serangan susulan keatas kemudahan minyak Arab Saudi.

Serangan kilang minyak Aramco: Impak atas pasaran kewangan belum dirasai
Serangan yang membawa kepada penggantungan oleh Arab Saudi itu dijangka menyebabkan keupayaan pengeluaran minyak negara itu jatuh sebanyak 5.7 juta tong sehari.

Pengeluaran minyak terjejas, Malaysia belum putuskan nilai semula subsidi
Kerajaan masih belum menetapkan sebarang keputusan sama ada untuk menilai semula subsidi petrol ataupun tidak susulan penggantungan sementara pengeluaran di dua loji minyak Aramco.

Yaman bedil barat daya Jizan di Arab Saudi
Pasukan tentera Yaman disokong oleh pejuang sekutu dari Jawatankuasa Popular (PC) telah melancarkan peluru berpandu balistik ke Jizan di Arab Saudi, hari ini.