KOTA KINABALU: Langkah mengekalkan pengecualian surcaj elektrik kepada pengguna domestik di Sabah untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Dis ini menunjukkan komitmen kerajaan Persekutuan bagi membantu meringankan beban hidup rakyat di negeri itu.
Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, ia membuktikan segala perancangan dan peruntukan yang diumumkan kerajaan Persekutuan untuk Sabah sebelum ini dilaksanakan dengan baik.
"Kita berterima kasih kerana Sabah juga dimasukkan dalam dasar berkenaan (pengecualian surcaj elektrik) ...sebenarnya kita di Sabah telah menerima peruntukan sebanyak RM800 juta setahun untuk memastikan SESB terus beroperasi seperti biasa.
"Ini kerana kos penjanaan SESB yang disalurkan adalah lebih tinggi daripada jualan kepada pengguna, jadi kita memerlukan kos berkenaan. Namun, kita sangat mengalu-alukan usaha kerajaan (pengecualian surcaj) demi pengguna yang ada di Sabah," katanya kepada Bernama, di sini, pada Khamis.
Semalam, Suruhanjaya Tenaga (ST) mengumunkan pengecualian surcaj kepada pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan penggunaan elektrik bulanan 1,500 kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah, dikekalkan untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Dis ini.
Ia adalah susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) secara bersasar dalam tempoh tersebut.
ICPT merujuk kepada satu mekanisme di bawah Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang membolehkan kos bahan api diselaras setiap enam bulan berdasarkan kadar turun naik harga global bahan api.
Mengulas lanjut, Madius, yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, SESB juga kini sedang melaksanakan ICPT dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sementara itu, pegawai tadbir sebuah agensi kerajaan negeri Mohd Asran Mohd Arif, 33, berkata, beliau lega dengan pengekalan pengecualian surcaj itu dan menyifatkannya sebagai langkah yang baik dalam membantu rakyat yang terkesan dengan kenaikkan kos sara hidup masa ini.
"Jika pengecualian surcaj ini tiada, sudah tentu tarif elektrik itu boleh meningkat yang akan meningkatkan kos harian kita, jadi ini langkah yang baik namun saya harap kerajaan dapat mencari jalan supaya tariff elektrik itu dapat dikurangkan atau sekurang-kurangnya terus dikekalkan bagi bantu rakyat," katanya.
Pembantu kedai serbaneka, Deiryll Jolisan, 26, berharap usaha membantu pengguna di Sabah tidak hanya tertumpu kepada kos surcaj elektrik sebaliknya aspek peningkatan mutu perkhidmatan bekalan elektrik juga perlu diberi perhatian.
"Bagus bila tarif elektrik untuk pengguna tidak naik, tetapi jika perkhidmatan itu sama sahaja seperti selalu terputus bekalan dan buat catuan bila bekalan terlalu tinggi itu tidak bagus juga. Jadi saya harap kerajaan dapat melihat daripada segi ini juga," katanya.
Pada 2 Mei lalu, SESB, menerusi kenyataan memaklumkan, catuan elektrik terpaksa dilaksanakan di negeri itu bagi memastikan grid elektrik kekal stabil akibat permintaan tenaga elektrik yang tinggi berikutan cuaca panas melanda negara pada ketika itu.
Menurut SESB, secara purata, pemintaan bekalan elektrik pada waktu puncak untuk Sabah adalah sekitar 970 megawatt (MW), bagaimanapun, pada 26 April lalu negeri ini telah mencatat permintaan paling tinggi untuk tahun ini iaitu 1,029MW. - BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2023

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, langkah mengekalkan pengecualian surcaj elektrik kepada pengguna domestik di Sabah menunjukkan komitmen kerajaan Persekutuan bagi membantu meringankan beban hidup rakyat di negeri itu. - Gambar fail BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sabah Electrity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberikan rebat berjumlah RM10.2 juta kepada 687,031 pengguna elektrik yang berdaftar di Sabah dan Labuan tahun ini.

Tiga maut terkena renjatan elektrik ketika pasang panel solar
Tiga pekerja kontrak pemasangan panel solar maut terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah bangunan pejabat di sini, pada Jumaat.

Beberapa kawasan di timur Sabah alami gangguan bekalan elektrik
Pihak Sabah Electricity sedang giat menjalankan usaha pemulihan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas.

Krisis Duta Enclave: Kerajaan sedia beri pampasan, tetapi tidak mudah mengalah - PM Anwar
Kerajaan juga memutuskan untuk mengkaji pindaan terhadap Akta Pengambilan Tanah 1960 supaya kepentingan awam diutamakan pada masa depan.

SESB bakal laksana pemasangan meter pintar
Sabah Electricity akan laksana projek pemasangan meter pintar dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu.

SESB rugi RM60 juta setahun akibat curi elektrik kawasan setinggan di Sabah
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami kerugian RM60 juta setahun akibat perbuatan mencuri nekalan elektrik secara ketara di kawasan penempatan setinggan di Sabah.

Pengerusi SESB lapor polis kegiatan curi elektrik di Lahad Datu
Pasukan SESB melakukan tinjauan di kawasan terbabit dan mendapati penduduk kampung melakukan kesalahan serius.

AGC akan mohon perintah kerajaan pindah milik tanah kepada Semantan Estate digantung
Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan juga akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Gangguan IT global: Aplikasi, portal SESB turut terjejas
Aplikasi dan web portal mySESB milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami gangguan sistem hari ini.

SESB pantau kestabilan bekalan elektrik di Labuan
Gangguan bekalan gas di pulau itu secara langsung menghentikan bekalan gas ke Stesen Janakuasa Patau-Patau milik SESB.