Seorang pengawal keselamatan ditemui maut ditembak rakan sekerja di balai pengawal sebuah kilang ubat di Taman Farmasi di Seri Iskandar, di sini, malam tadi.
Mangsa, Masri Anak Pandak, 37 tahun, dijumpai terbaring dengan kesan tembakan pada dada dipercayai ditembak dengan sepucuk pistol dari jarak dekat kira-kira 8 malam.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada 8.25 malam daripada seorang lagi rakan setugas mangsa.
Katanya semasa kejadian mangsa bertugas bersama pengadu dan suspek yang kini sudah menghilangkan diri selepas kejadian menjadi suspek utama dalam insiden itu.
"Polis kini sedang mengesan suspek untuk kita rekodkan keterangan dan menjalankan siasatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.
Mohamad Zainal berkata pihaknya turut menemukan satu kelongsong dan satu anak peluru di lokasi kejadian.
Katanya suspek yang berusia 52 tahun itu telah bekerja di kilang tersebut sejak 2012 dan mempunyai satu rekod jenayah lampau melibatkan kes curi, manakala mangsa yang telah bekerja hampir tiga tahun tidak mempunyai rekod jenayah.
"Setakat ini kita sudah mengambil keterangan semua pengawal kilang itu dan hasil siasatan awal kejadian mungkin berlaku disebabkan masalah peribadi, namun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenarnya," katanya.
Polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kilang itu bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 01 2018

ZAINAL: Polis kini sedang mengesan suspek untuk kita rekodkan keterangan dan menjalankan siasatan.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

4 anggota TUDM maut dalam insiden tembakan kem Kota Samarahan
Siasatan awal mendapati kejadian melibatkan empat anggota TUDM yang bertugas di balai pengawal itu.

Pengawal keselamatan tembak rakan sekerja diburu polis
Polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kilang itu bagi membantu siasatan.