SUNGAI PETANI: Pengawal keselamatan yang parah dilibas pedang selepas dipercayai menegur seorang lelaki kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Tapak Pembinaan di Bukit Bayan, dekat sini meninggal dunia hari ini.
Mangsa, Ismail Ahmad, 58, dilaporkan menghembus nafas terakhir sekitar jam 5 petang ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, mengesahkan kematian mangsa.
“Polis bagaimanapun masih menunggu keputusan siasatan lengkap bagi mengetahui punca kematian mangsa dan bagi membuka kertas siasatan lain (jika ada keperluan), selain Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dikenakan terhadap suspek seperti sebelum ini.
“Saya meminta orang awam tidak membuat spekulasi tentang kematian ini dan kejadian yang berlaku melibatkan mangsa (sebelum ini),” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Pengawal keselamatan cedera dilibas pedang
BACA: Penganggur mengaku bersalah cederakan pengawal keselamatan guna pedang
Dalam kejadian Selasa lalu, mangsa yang ketika itu sedang berkawal di pos pengawal di tapak projek perumahan Siera 4, Bukit Bayan, dipercayai menegur suspek kerana menunggang motosikal secara berbahaya.
Sejurus itu suspek pulang ke rumah dan datang semula bersama dua lagi rakannya dan berlaku pertengkaran.
Suspek dipercayai tidak berpuas hati lalu bertindak melibas mangsa dengan sebilah pedang samurai menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan tangan kiri.
Hari ini, suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas pertuduhan mencederakan mangsa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebatan.
Lelaki berusia 41 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.
Hakim bagaimanapun tidak menjatuhkan hukuman hari ini dan menetapkan 29 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Aug 07 2022
Mangsa, Ismail Ahmad, 58, dilaporkan menghembus nafas terakhir sekitar jam 5 petang ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH). - Gambar hiasan
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear
Reaktor ARC akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Pengawal keselamatan parah dilibas pedang meninggal dunia
Pengawal keselamatan yang parah dilibas pedang selepas dipercayai menegur seorang lelaki kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Tapak Pembinaan di Bukit Bayan, meninggal dunia hari ini.