Perintah reman sehingga Jumaat Februari ini dikeluarkan Majistret Dr Teoh Shu terhadap suspek berusia 19 tahun itu.
Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Gajah kira-kira jam 9.10 pagi.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan pengawal keselamatan di sebuah klinik pergigian ditahan kerana disyaki mencabul pelajar lelaki pada petang Selasa lalu.
Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, mangsa berusia 19 tahun yang berada di pekarangan klinik kerajaan tersebut telah bertanyakan di manakah tandas kepada seorang pengawal keselamatan yang sama usia dengan mangsa sebelum suspek menunjukkan arah tandas.
Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata, namun ketika mangsa sedang membuka seluar di dalam tandas tiba-tiba pengawal keselamatan itu telah berada di hadapan pintu dan cuba masuk ke dalam tandas dengan menolak pintu tandas.
Katanya, suspek juga didakwa bertindak mencabul mangsa dan kerana bimbang keselamatan diri, mangsa terus menolak badan pengawal keselamatan itu lalu segera menutup pintu tandas. -- Sinar Harian