KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat penghantaran komunikasi jelik terhadap bekas ahli lembaga penasihat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Rashpal Singh Randhay di laman Facebook miliknya, dua tahun lepas.
Hakim M. M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Alies Abd Manan, 59, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes berkenaan hari ini.
Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada lima anak itu menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Mohd Alies didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik berkenaan menggunakan laman profil Facebook 'Alies Aliesz' dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 4 Okt 2019.
Hantaran itu kemudian telah dibaca di Jalan Bukit Seputih Heights di sini pada 6 petang, 5 Okt 2019.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada Mohd Alies namun lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum atas alasan dia hanya berpendapatan RM1,300 sebulan dan perlu menanggung keluarga.
Berdasarkan fakta kes, pada 6 Okt 2019, Rashpal telah membuat laporan polis berhubung video dan kenyataan di Facebook yang berunsur fitnah terhadapnya selepas menerima video klip daripada kawannya mengenai seorang lelaki sedang menari dan menyerupai dirinya dalam video tersebut.
Hasil siasatan mendapati video itu telah dimuat naik oleh OKS.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021
Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada lima anak itu menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut. - Gambar hiasan
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Pengawal keselamatan didenda RM3,000 buat komunikasi jelik di Facebook
Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada lima anak itu menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.