Pengasuh persendirian perlu diwajibkan untuk mendaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurut Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, Norsheila Abdullah, pengasuh persendirian yang berdaftar berpeluang mengikuti kursus asas latihan yang telah ditetapkan oleh JKM.
“Berdasarkan kes-kes sebelum ini, tragedi malang itu kebanyakannya berlaku di bawah jagaan pengasuh persendirian yang tidak terlatih dan tidak berdaftar.
“Jadi, ini yang memberi tekanan kepada kami sebagai pusat asuhan berdaftar, kerana menjadi mangsa keadaan perbuatan pengasuh persendirian yang tidak berdaftar dan beroperasi seperti biasa.
“Untuk memastikan perkara ini tidak berulang, pengasuh persendirian yang memberi perkhidmatan asuhan di rumah perlu mendapatkan lesen dan latihan yang telah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini pada Isnin.
Tambah Norsheila, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memastikan pengasuh persendirian ini berdaftar di bawah JKM.
BACA: Akta berkaitan penjagaan kanak kanak akan diperketatkan - TPM
BACA: Pengasuh persendirian perlu diberikan kursus kemahiran, lesen sah
BACA: Perlu ada akta terhadap pengasuh di rumah - Pakar
“Sudah tiba masanya ibu bapa juga mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang dengan memastikan pengasuh persendirian ini didaftarkan di bawah JKM.
“Justeru, ibu bapa perlu menyalurkan informasi seperti di mana dan pada siapa (pengasuh), mereka hantar anak-anak mereka, kepada JKM,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika minta mengulas kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang akan melihat kembali akta melibatkan kanak-kanak, termasuk peraturan yang berkaitan bagi mengurangkan kes kematian akibat kecuaian pusat asuhan.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Jul 23 2018
![Pengasuh persendirian wajib daftar dengan JKM - Persatuan Pengasuh persendirian wajib daftar dengan JKM - Persatuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61532238635_pengasuh.jpg)
Ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam memastikan pengasuh persendirian berdaftar di bawah JKM. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![39,019 warganegara didaftar automatik sebagai pemilih baharu 39,019 warganegara didaftar automatik sebagai pemilih baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721037324_TBPRNMELAKA.jpg)
39,019 warganegara didaftar automatik sebagai pemilih baharu
Ia termasuk 6,547 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,710 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
![PADU berjaya daftar lebih 30 juta rakyat Malaysia - Mohd Uzir PADU berjaya daftar lebih 30 juta rakyat Malaysia - Mohd Uzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704860822_TBMohdUzirMahidin.jpg)
PADU berjaya daftar lebih 30 juta rakyat Malaysia - Mohd Uzir
Selangor mencatatkan jumlah paling tinggi dengan 5,863,817 juta orang diikuti Johor dengan 3,790,108 juta.
![Nancy seru masyarakat bantu OKU daftar dengan JKM Nancy seru masyarakat bantu OKU daftar dengan JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701637698_TBNANCYOKU.jpg)
Nancy seru masyarakat bantu OKU daftar dengan JKM
Kelebihan pendaftaran itu membolehkan golongan OKU menikmati hampir 30 kemudahan dan keistimewaan disediakan oleh kerajaan dan swasta.
![KKD pertimbang wajibkan penyedia perkhidmatan media sosial daftar dengan MCMC KKD pertimbang wajibkan penyedia perkhidmatan media sosial daftar dengan MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695723572_FahmiFadzil.jpg)
KKD pertimbang wajibkan penyedia perkhidmatan media sosial daftar dengan MCMC
Perkara itu dilihat wajar dilaksana bagi memastikan semua platform media sosial berkenaan memahami dan mematuhi aspek perundangan negara.
![Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692808573_DatukAmarDouglas.jpg)
Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah
Produk kraf kaum Iban perlu didaftarkan dengan Jabatan Warisan Negara bagi melindungi hak cipta, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
![Seramai 204 pelajar baharu Politeknik Jeli lapor diri walaupun banjir Seramai 204 pelajar baharu Politeknik Jeli lapor diri walaupun banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51646001727_pelajarpolitek.jpg)
Seramai 204 pelajar baharu Politeknik Jeli lapor diri walaupun banjir
Pendaftaran dilakukan secara pandu lalu dan selepas mendaftar pelajar terus bergerak ke bilik ditetapkan.
![Maahad tahfiz baharu diingat daftar dengan pihak berkuasa negeri Maahad tahfiz baharu diingat daftar dengan pihak berkuasa negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645707734_MarzukShaary.jpg)
Maahad tahfiz baharu diingat daftar dengan pihak berkuasa negeri
Ia bagi memudahkan penyelarasan bantuan daripada kerajaan Persekutuan, termasuk bantuan peruntukan bagi melancarkan operasi sekolah berkenaan.
![Mahkamah Tinggi arah KDN daftar MUDA dalam tempoh 14 hari Mahkamah Tinggi arah KDN daftar MUDA dalam tempoh 14 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81619478740_SyedSaddiq.jpg)
Mahkamah Tinggi arah KDN daftar MUDA dalam tempoh 14 hari
Mahkamah turut mengarahkan KDN membayar bayaran kos guaman sebanyak RM10,000.
![8.29 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar di seluruh dunia 8.29 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar di seluruh dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638334455_Vaksin.jpg)
8.29 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar di seluruh dunia
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.57 bilion dos vaksin sudah didaftarkan.
![7.151 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar seluruh dunia 7.151 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar seluruh dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635666142_Vaksin.jpg)
7.151 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar seluruh dunia
China mendahului dengan lebih 2.28 bilion dos vaksin sudah didaftarkan.