JOHOR BAHRU: Seorang pengasuh ditahan kerana dipercayai mendera bayi lelaki berusia tujuh bulan ketika berada di bawah jagaannya di Taman Universiti, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner M S Balveer Singh berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa pada jam 3.40 pagi, Jumaat yang memaklumkan anaknya telah didera oleh wanita berusia 34 tahun itu.
Menurutnya, ibu mangsa percaya anaknya telah didera berdasarkan beberapa kesan lebam ditemui di badan bayi berkenaan.
"Ibu mangsa bersama suami telah membawa mangsa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan pada jam 10.15 pagi.
"Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati terdapat beberapa kesan lebam di tubuh badan mangsa. Mangsa kini dalam keadaan stabil dan ditahan di HSA untuk pemerhatian lanjut," katanya.
Beliau berkata, susulan laporan yang dibuat ibu mangsa, polis telah menahan suspek di rumahnya di sekitar Taman Universiti pada hari yang sama.
Bagaimanapun katanya, siasatan awal yang dilakukan, suspek menafikan telah mendera mangsa.
"Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai siasatan awal dijalankan," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Sebagai rekod, suspek pernah dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membabitkan penderaan seorang kanak-kanak lain pada 2021 dan kes itu masih dalam proses perbicaraan di mahkamah. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 13 2023
Ibu mangsa percaya anaknya telah didera berdasarkan beberapa kesan lebam ditemui di badan bayi berkenaan. -Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Baiki tebing Sungai Kelantan bermula hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
GV: 'Niat kami bukan untuk memalukan' - Syafinaz Selamat jelaskan tugas juri menilai, beri input
Menurut Syafinaz, komen-komen diberikan itu adalah untuk memperbaiki mutu persembahan setiap bintang yang bertanding selain memberikan input berguna kepada mereka.
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis
Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara.
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia bakal umum CEO baharu
Bursa Malaysia Bhd mengesahkan kini dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Lelaki maut, tersepit dalam kereta
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor.
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Pengasuh ditahan dipercayai kasari kanak-kanak di taska
Seorang pengasuh ditahan pada Sabtu dipercayai mengasari kanak-kanak di sebuah taska dekat Putra Perdana di Sepang.
Pengasuh ditahan bantu siasatan bayi tujuh bulan meninggal dunia
Wanita berusia lingkungan 30-an itu direman hingga 10 Mei ini untuk siasatan lanjut.
Dua pengasuh ditahan dipercayai dera bayi autistik 11 bulan
Polis menahan dua pengasuh sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Semenyih, di sini kerana dipercayai mendera seorang bayi autistik berusia 11 bulan.
Pengasuh direman empat hari bantu siasatan kes bayi digigit
Seorang pengasuh berusia 30 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang cedera disyaki digigit seperti tular di media sosial.
Bayi dua bulan maut di taska, pengasuh telah ditahan - Polis
Polis menahan pengasuh sebuah taska terkenal di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, susulan kematian seorang bayi perempuan berusia dua bulan, Selasa lalu.
Polis buka dua kertas siasatan kes kanak-kanak dikasari penjaga tadika
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikasari penjaga tadika yang videonya tular di media sosial.
Reman pengasuh kes dera bayi hingga maut disambung
Tempoh reman seorang pengasuh yang ditahan berhubung kes bayi perempuan berusia enam bulan dipercayai didera sehingga meninggal dunia, Jumaat lalu, disambung tujuh hari lagi.
Bayi perempuan maut disyaki didera, pengasuh ditahan
Hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini menunjukkan punca kematian mangsa adalah kecederaan di kepala akibat objek tumpul.
Bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia, polis tahan pengasuh
Polis menahan seorang wanita yang disyaki melakukan pengabaian ketika mengasuh seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, sehingga mengakibatkan bayi itu meninggal dunia.
Pengasuh ditahan disyaki dera bayi
Ibu mangsa percaya anaknya telah didera berdasarkan beberapa kesan lebam ditemui di badan bayi berkenaan.