19 anak yatim dan miskin dari Pertubuhan Kebajikan Al-Taqwa di sini, merayu agar bantuan terus diberikan agar pertubuhan itu boleh beroperasi untuk menyara mereka.
Anak kepada pengasas rumah kebajikan itu, Mohd Azmad Ismail memaklumkan, ketika ini, semua akaun bank persatuan itu telah dibekukan sementara waktu sehingga proses petukaran penama diselesaikan.
Pengasas rumah kebajikan itu, Ismail Jusoh, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan jangkitan paru-paru pada 8 Mac lalu.
Kata Azmad, ketiadaan bapanya, memberi cabaran besar buat dirinya.
"Arwah ada pesan, kalau dia meninggal dia harap saya dengan isteri uruskan asrama ni. Kalau boleh jangan tutup.
"Bantuan ni memang sangat penting, kalau tiada bantuan atau dana macam mana kita sara mereka, memang susah," ujar Azmad.
Pada masa sama, pihaknya merayu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya memberi pengecualian khas kepada mereka dalam urusan pendaftaran untuk mendapatkan bantuan dari pihak kerajaan.
Namun, syarat yang diletakkan JKM untuk proses petukaran nama agak sulit kerana melibatkan banyak pihak selain mengambil tempoh yang lama.
Bagi kanak-kanak yang menumpang kasih di rumah kebajikan ini, mereka menaruh harapan tinggi supaya pertubuhan tersebut terus mendapat bantuan dari pihak yang prihatin agar mereka boleh terus menetap disitu.
"Cita-cita saya nak jadi askar. Jadi saya kena belajar bersungguh-sungguh supaya dapat keputusan yang baik. Boleh jaga mak, mak saya sakit, ayah saya dah meninggal.
"Kami harap ada orang bantu persekolahan kami, dengan kawan-kawan semua akan belajar bersungguh-sungguh," luah Mohd Aiman Fazley Ismail, penghuni asrama berkenaan yang bersekolah di tingkatan dua.
Bagi pelajar tingkatan tiga, Abdul Rahim Zailan, mempunyai tujuh adik-beradik dan dibesarkan hanya oleh ibu, membuatkan dia memilih untuk menetap di asrama berkenaan untuk mengurangkan beban ibunya yang hanya mendapat hasil dari menoreh getah.
"Saya tujuh beradik, saya anak yang ketujuh.
"Mak ada, ayah dah tak ada. Mak saya duduk dengan makcik menoreh getah. Suka duduk sini sebab sini ramai kawan boleh kongsi ilmu," katanya.
Bagi pihak yang sudi menghulurkan bantuan, boleh menghubungi talian 04-4720068 atau 013-5057898 atau pun terus sahaja ke asrama Pertubuhan Kebajikan Al-Taqwa di Kampung Jerai Baru, Kupang, Baling, Kedah.
Astro Awani
Tue Mar 15 2016
Pengasas rumah kebajikan itu, Ismail Jusoh, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan jangkitan paru-paru pada 8 Mac lalu.
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Tiga lelaki ditahan disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah rumah di Batu 4, Port Dickson, dekat sini.
PM iftar bersama agamawan, pemimpin NGO dan agensi kerajaan
Anwar hari ini meraikan para agamawan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan wakil agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam pada Majlis Berbuka Puasa MADANI di kediaman rasmi beliau.
"Saya trauma, anak tertanya-tanya di mana daddy" - Isteri Syed Danial
Qistina Ayu Rozhan, 32, berkata anak perempuannya yang kini berumur empat tahun menjadi yatim sejak berusia tiga bulan dan hingga ke hari ini masih tertanya-tanya di mana 'daddy.'
Semakin ramai anak yatim di Gaza
Visual dua kanak-kanak diselubungi debu, menangis ketika mereka mencari bapa mereka yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
Nahas di Kota Tinggi: Satu maut, 13 cedera termasuk 12 anak yatim
Kemalangan melibatkan kereta Nissan Sentra dipandu seorang lelaki dengan sebuah van Kia Pregio yang membawa 12 anak yatim dari Peyara.
Amang seksual dan dera anak yatim, dua penjaga pusat jagaan ditahan
Polis menahan dua penjaga sebuah pusat jagaan kanak-kanak di kerana dipercayai mendera dan melakukan ambang seksual ke atas dua anak yatim.
6 beranak maut: Pesanan emak, gambar kenangan terakhir - Anak
Pesanan ibu tak kirim lauk dan hantaran gambar pada aplikasi WhatsApp kini hanya tinggal kenangan bagi Abdurrahman Amir Ruddin, 19.
Sebak ambil sijil konvo bapa
Seorang anak tidak dapat menahan sebak ketika menerima sijil bagi pihak bapanya, Allahyarham Mohd Rozahar Mohd Nor, 50, yang meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru Selasa lalu.
Jordan Mintah bawa anak yatim beli baju raya
Perbezaan agama tidak jadi halangan bagi pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan membuat persiapan hari raya.
MAIWP, Prihatin santuni 2,000 golongan asnaf
Tahun ini MAIWP mengeluarkan bajet terbesar untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan sempena Ramadan dan Aidifitri ini.