KUALA LUMPUR: Tindakan polis memanggil pengarang kumpulan sebuah akhbar berhubung laporan dakwaan bahawa ejen Mossad telah memasuki negara hanya bertujuan membantu siasatan dan bukannya satu penahanan.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, ia adalah proses biasa yang perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan artikel yang dikeluarkan.
"Kita memohon sangatlah supaya siasatan kita ini tidak diganggu.
"Elemen-elemen yang ada dalam siasatan itu melibatkan sensitiviti dan sebagainya, itu yang menyebabkan tidak sewajarnya disiarkan.
"Yang keduanya, isu keselamatan. Saya dimaklumkan oleh pegawai saya bahawa ada beberapa saksi yang namanya dah disiarkan.
"Ini tidak baik untuk siasatan kami," katanya kepada media selepas hadir pada Majlis Perasmian Rapid KL Safety Point, di sini, hari ini.
Portal NST hari ini melaporkan pengarang kumpulannya Farrah Naz Karim menerima panggilan daripada 'Asisten Superintendan (ASP) Faizal' pada jam 9.45 malam tadi yang memintanya hadir ke ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 1 tengah hari ini.
Azmi dalam pada itu berharap petugas-petugas media memberikan kerjasama sewajarnya kepada PDRM agar siasatan yang sedang dijalankan tidak terganggu.
Pihak polis, katanya, sekali lagi meminta semua pihak agar berhenti daripada membuat sebarang spekulasi yang mungkin memburukkan lagi keadaan, memandangkan ia menyentuh beberapa perkara yang dianggap sensitif.
"Jadi itulah harapan kita bagi pihak polis. Kita jagalah keselamatan dan kita jagalah kerahsiaan siasatan kitalah. Pasal hal ini melibatkan elemen sangat sensitif," katanya lagi.
Buat masa ini, katanya, pihak polis belum lagi menentukan sebarang tindakan kepada pihak yang bertanggungjawab menyiarkan artikel berkaitan isu tersebut sehingga mendedahkan identiti yang terlibat dalam kes terbabit memandangkan siasatan terperinci sedang dijalankan.
Setakat ini juga polis masih belum menerima sebarang laporan yang dibuat oleh mana-mana pihak berhubung penyiaran artikel berkenaan.
Azmi juga menjelaskan pihaknya juga belum dapat mengenal pasti sama ada agensi perisikan Israel Mossad benar-benar terlibat dalam kes penculikan warga Palestin itu atau ia membabitkan kumpulan pengganas yang lain.
"Saya tak boleh nak bagitahu anda buat masa sekarang ini sebab siasatan itu masih berterusan. Kita tak dapat lagi mengesahkan agensi-agensi luar (seperti didakwa) yang terlibat ini.
"Jadi bila timbul spekulasi ini, ia menganggu siasatan kami. Ini masalahnya.
"Saya pun tak tahu macam mana boleh timbul dakwaan dia (akhbar itu) berkaitan agensi Mossad ni. Tak tahu mana dia dapat.
"Kita sedang berusaha mengenal pasti jika wujud agensi luar terlibat dalam urusan penculikan tempoh hari.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan akan meneliti dakwaan kewujudan ejen perisikan dari Israel itu yang didakwa masuk ke Malaysia dan menculik warga Palestin yang berada di negara ini.
BACA: Mossad rekrut warga Malaysia? Pemerhatian menyeluruh sedang dijalankan kerajaan - Hamzah
Beliau menjelaskan, pemerhatian sedang dilakukan secara menyeluruh dan jika perlu tangkapan akan dapat diambil serta-merta.
Beliau merujuk kepada laporan yang dikeluarkan akhbar Bahasa Inggeris The New Straits Times yang mendakwa bahawa agensi perisikan Israel ejen Mossad menjalankan operasi di Malaysia, dalam perang terhadap Hamas.
Menurut akhbar itu, mereka dipercayai merekrut penduduk tempatan untuk membantu rejim Yahudi itu dalam memerangi anggota Hamas.
BACA: 'Individu didakwa direkrut Mossad bukan ahli PKR'
Operasi dikatakan berlaku pada jam 10 malam, 28 September lalu, apabila dua pakar pengaturcaraan komputer Palestin memasuki kenderaan berhampiran Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur selepas makan malam di sebuah pusat beli-belah.
Ejen Mossad sebelum itu dilapor menggunakan rakyat Malaysia untuk mengesan dan menculik rakyat Palestin yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Hamas dan sayap bersenjatanya, Briged Izz ad-Din al-Qassam.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Oct 19 2022

Azmi (tengah) ketika hadir pada majlis perasmian Rapid KL Safety Point pada Rabu. -Astro AWANI
DBKL banteras penjaja air balang 'Rambo' tanpa lesen, abai kebersihan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja air balang tanpa lesen di sekitar Jalan Raja. DBKL mendapati penjaja sering bertukar lokasi perniagaan bagi mengelak dikesan oleh penguat kuasa.
Grid bekalan elektrik Cuba lumpuh, seluruh negara bergelap
Rangkaian elektrik nasional Cuba mengalami kerosakan besar pada lewat Jumaat, menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang meluas di ibu negara Havana serta di seluruh negara pulau itu.

Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuhraya di Bangkok
Pasukan penyelamat segera dikerahkan untuk menyelamatkan mangsa, termasuk yang terperangkap di atas kren.

Anna Jobling tak sabar bintangi filem baharu, hadiah istimewa selepas GMWA 2024
Anna Jobling berkata dia langsung tidak menyangka akan menerima tawaran berlakon filem selepas meraih kemenangan besar di anugerah berprestij itu.

Geng berparang samun syarikat penghantaran, larikan wang tunai RM46,000
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.26 tengah hari semasa proses pengiraan wang tunai di hab tersebut.

Pemilihan DAP: Guan Eng tekad tidak akan sesekali tarik diri
Guan Eng menepis khabar angin serta laporan media yang mendakwa beliau akan berundur daripada perebutan jawatan dalam kepimpinan parti.

Dua ekor lembu golek hidangan istimewa 'Iftar on the road'
Lembu golek jadi menu istimewa berbuka puasa kepada pengunjung Karnival Mahabbah di Bertam Square, Kepala Batas sempena program 'Iftar on the road.'
Mark Carney angkat sumpah sebagai PM baharu Kanada
Ahli ekonomi dan pendatang baharu dalam politik, Mark Carney, secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada yang baharu pada Jumaat.

Palestin tegaskan penyelesaian dua negara demi keamanan
Penyelesaian mesti membawa kepada penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Terdapat peningkatan membimbangkan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan terdapat peningkatan yang membimbangkan terhadap kebencian dan diskriminasi terhadap umat Islam di seluruh dunia.

Pengarang Kumpulan NST dipanggil untuk bantu siasatan isu 'ejen Mossad' - PDRM
Ia adalah proses biasa yang perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan artikel yang dikeluarkan.