SHAH ALAM: Seorang pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan dengan mengesyorkan dua syarikat yang ada kaitan dengan suaminya.
Norzuriati Zainol Rashid, 44, didakwa mengesyorkan syarikat yang ada kaitan dengan Syed Rosdi Syed Mohd, 46, bagi melaksanakan projek 'Cadangan Perkhidmatan ICT Bagi Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Sokongan Sistem Pengurusan Latihan (E-Latihan)' di LLM dengan harga tender RM98,800.
Wanita itu juga didakwa mengesyorkan sebuah lagi syarikat bagi melaksanakan projek 'Cadangan Perkhidmatan ICT Bagi Kerja-Kerja Menambahbaik Interim Payment Tracking System (IPAYS) Versi 2.0 Kepada Versi 3.0' di LLM dengan harga tender RM212,500, yang turut mempunyai kaitan dengan suaminya.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Wisma Lebuhraya KM6 di Hulu Langat dekat sini pada 12 Sept 2019 dan 24 April 2020 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Syed Rosdi turut didakwa atas pertuduhan bersubahat menggunakan kedudukan isterinya bagi mendapatkan suapan dengan mengesyorkan sebuah syarikat bagi melaksanakan projek serupa dengan harga tender RM98,800 di lokasi sama pada 12 Sept 2019 mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Ali dan Mohd 'Afif Ali menawar jaminan RM40,000 bagi Norzuriati dan RM20,000 untuk suaminya dengan syarat tambahan pasangan itu hendaklah menyerahkan pasport serta melaporkan diri di Pejabat SPRM Putrajaya setiap awal bulan.
Peguam Wan Juhrah Muntek yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya memberi kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan Norzuriati diikat jamin RM35,000 manakala Syed Rosli sebanyak RM20,000 dan membenarkan syarat tambahan yang dimohon pendakwaan selain memerintahkan kedua-dua tertuduh untuk tidak mengganggu atau berhubung dengan saksi.
Di mahkamah berasingan, Syed Rosdi minta dibicarakan atas satu lagi pertuduhan bersubahat menggunakan kedudukan isterinya untuk mendapatkan suapan dengan mengesyorkan sebuah syarikat bagi melaksanakan 'Cadangan Perkhidmatan ICT Bagi Kerja-Kerja Menambahbaik Interim Payment Tracking System (IPAYS) Versi 2.0 Kepada Versi 3.0' di LLM dengan harga tender RM212,500.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama pada 24 April 2020 mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Hakim Datuk Anita Harun membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengguna pakai jaminan serta syarat tambahan yang ditetapkan oleh Awang Kerisnada dan kedua-dua mahkamah menetapkan 21 Mac untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
![Pengarah Teknologi Maklumat LLM, suami didakwa guna kedudukan syor projek Pengarah Teknologi Maklumat LLM, suami didakwa guna kedudukan syor projek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706090941_TBgavel.jpg)
Sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi. - Gambar hiasan
![Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720350017_TBZahidHamidi.jpg)
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Pentas jual anugerahkan pakej media bernilai RM55,600
Jelajah JIWA SME 2024 melabuhkan tirai untuk siri pertama di Johor Bahru. Pemyampai Astro AWANI, Irfan Faruqi membawakan perinciannya.
Perpaduan kaum, agama asas penting mesti dipelihara - Agong
Sultan Ibrahim bertitah dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
![John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720357611_JohnCena.jpg)
John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE
John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
'Unifikan' platform perniagaan anda dengan Unifi Business
Unifi Business selaku rakan digital pilihan lebih 400,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berhasrat membantu mentransformasikan perniagaan melalui penyelesaian digital komprehensif.
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![2.52 juta kenderaan penuhi lebuh raya utama sempena Aidiladha - LLM 2.52 juta kenderaan penuhi lebuh raya utama sempena Aidiladha - LLM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707362015_LebuhrayaKarak.jpg)
2.52 juta kenderaan penuhi lebuh raya utama sempena Aidiladha - LLM
Pertambahan jumlah kenderaan dijangka berlaku secara berperingkat bermula 14 Jun (semalam) hingga 18 Jun 2024 (Selasa).
![Aliran trafik lebuh raya utama lancar setakat 11 pagi Aliran trafik lebuh raya utama lancar setakat 11 pagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712466578_trafik.jpg)
Aliran trafik lebuh raya utama lancar setakat 11 pagi
LLM memaklumkan aliran trafik di Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) menunjukkan keadaan lalu lintas lancar dan terkawal selepas berlaku kesesakan sehingga 10 pagi tadi.
![Aliran trafik di beberapa lebuh raya bergerak perlahan Aliran trafik di beberapa lebuh raya bergerak perlahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699876250_AlirantrafikLebuh.jpg)
Aliran trafik di beberapa lebuh raya bergerak perlahan
Aliran trafik perlahan arah selatan dari Gopeng ke Tapah dan dari Kuala Kangsar ke Terowong Meru, Perak.
![Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707617092_TBPLUSCNY.jpg)
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan tiada sebarang kesesakan berlaku semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina.
![Aliran trafik masih perlahan di lebuh raya utama malam ini Aliran trafik masih perlahan di lebuh raya utama malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703299544_trafik.jpg)
Aliran trafik masih perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini masih perlahan berikutan pergerakan orang ramai sempena cuti panjang sambutan Tahun Baharu Cina, bermula hari ini.
![Aliran trafik bergerak perlahan namun terkawal Aliran trafik bergerak perlahan namun terkawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707530490_trafik.jpg)
Aliran trafik bergerak perlahan namun terkawal
Akaun rasmi X PLUS Trafik memaklumkan aliran trafik bergerak lancar, namun terdapat beberapa lokasi perlahan disebabkan kemalangan.
![Tahun Baharu Cina: LLM jangka trafik lebuh raya utama meningkat 2.4 juta Tahun Baharu Cina: LLM jangka trafik lebuh raya utama meningkat 2.4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707105470_Alirantrafik.jpg)
Tahun Baharu Cina: LLM jangka trafik lebuh raya utama meningkat 2.4 juta
LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan persediaan rapi, agar pengguna lebuh raya menikmati perjalanan yang selamat dan lancar.
![Pengarah Teknologi Maklumat LLM, suami didakwa guna kedudukan syor projek Pengarah Teknologi Maklumat LLM, suami didakwa guna kedudukan syor projek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706090941_TBgavel.jpg)
Pengarah Teknologi Maklumat LLM, suami didakwa guna kedudukan syor projek
Seorang pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan.
![Pergerakan trafik lancar, dijangka meningkat petang ini - LLM Pergerakan trafik lancar, dijangka meningkat petang ini - LLM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703570171_Alirantrafik.jpg)
Pergerakan trafik lancar, dijangka meningkat petang ini - LLM
Kesemua lebuh raya bertol di Lembah Klang, lebuh raya Karak, lebuh raya Pantai Timur 1 dan lebuh raya Pantai Timur 2 E8 masih lagi lancar.
![Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama ibu negara lancar pagi ini Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama ibu negara lancar pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703554994_TBtrafikjpg.jpg)
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama ibu negara lancar pagi ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di ibu negara lancar setakat 8 pagi ini.