SEREMBAN: Seorang pengarah syarikat pemborong minyak diesel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini pada Rabu atas dua pertuduhan gagal menyelenggara buku stok bagi setiap pembelian Mac lalu.
Tertuduh, Tan Kok Keong, 69, yang merupakan pemilik syarikat bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mazni Nawi selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai pemborong nombor lesen PB 05000183 gagal untuk menyelenggara buku stok bagi setiap pembelian barang berjadual iaitu minyak diesel yang tidak mengandungi harga jualan, harga belian dan alamat pembeli yang telah melanggar Peraturan 13 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Kesalahan itu dilakukan pada 27 Mac 2023 jam lebih kurang jam 10.32 pagi di Kuala Sawah, Rantau.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22 (2) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM5 juta.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan sama yang mana ketika kesalahan itu dilakukan tertuduh merupakan pengarah syarikat.
Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM3 juta atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Janawatul Fieza Hamisan dan tertuduh diwakili peguam, Eric Yeow Kok Heng. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 05 2023
![Pengarah syarikat pemborong diesel tak mengaku culas selenggara buku stok Pengarah syarikat pemborong diesel tak mengaku culas selenggara buku stok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688530447_PengarahCulas.jpg)
Tan Kok Keong, 69, yang merupakan pemilik syarikat bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mazni Nawi selepas kertas pertuduhan dibacakan. - Foto Sinar Harian
![ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740013283_tbJDTJordiAmatLi.jpg)
ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'
![Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740011702_TBMuhammadSufi.jpg)
Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740012887_tbAnwarIbrahim.jpg)
Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
![Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738629024_TBParlimen.jpg)
Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran
![Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740012683_TBAnwarIbrahim.jpg)
Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.
![Johor komited bangunkan industri nanas Johor komited bangunkan industri nanas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740007909_tbDatukZahariSarip.jpg)
Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.
![Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740001659_TBPezeshkian.jpg)
Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.
![Pengarah syarikat pemborong diesel tak mengaku culas selenggara buku stok Pengarah syarikat pemborong diesel tak mengaku culas selenggara buku stok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688530447_PengarahCulas.jpg)
Pengarah syarikat pemborong diesel tak mengaku culas selenggara buku stok
Tertuduh, Tan Kok Keong, 69, yang merupakan pemilik syarikat bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mazni Nawi selepas kertas pertuduhan dibacakan.