Seorang pengarah sebuah syarikat pembekal barang aluminium mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat satu pernyataan palsu berhubung status syarikatnya, lapan tahun lepas.
Tey Teck Chin, 42, pengarah Syarikat Weng Sieng Aluminium Sdn Bhd didakwa membuat penyataan palsu berhubung status sebenar syarikatnya yang tidak mempunyai sebarang aset mahupun liabiliti di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di Tingkat 2, 10-17, Putra Place, 100 Jalan Putra, di sini, pada 31 Mei 2008.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa daripada SSM, Nurul Husna Mohd Yusof menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala Tey yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan itu dikurangkan.
Hakim Harmi Thamri Mohamed @ Shaharuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 April untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen serta untuk tertuduh melantik peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2017
Pegawai Pendakwa daripada SSM menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala Tey yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan itu dikurangkan.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Diskaun 90 peratus kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut
Di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun.
Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah buat pernyataan palsu
Tey Teck Chin didakwa membuat penyataan palsu berhubung status sebenar syarikatnya yang tidak mempunyai sebarang aset mahupun liabiliti di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 31 Mei 2008.
Penyata kewangan 1MDB diberikan laporan bersih oleh juruaudit - Hasan
1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diberikan laporan bersih oleh juruaudit bagi penyata kewangan berauditnya bagi tahun 2010-2014 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).