KUCHING: Setelah bertugas selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan perubatan, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Dr Chin Zin Hing bersara hari ini.
Beliau yang juga salah seorang individu penting di sebalik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak lebih-lebih lagi ketika mengendalikan pandemik COVID-19 di negeri itu berharap usaha itu terus diterima baik dan mendapat kerjasama tinggi dari masyarakat.
“JKNS akan meneruskan usaha memerangi wabak COVID-19 dan terus bekerjasama rapat bersama JPBN Sarawak dan juga Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB). Kami berharap agar orang awam akan beri kerjasama penuh juga,” katanya semasa dihubungi AWANI Borneo.
Tambahnya, selepas ini beliau akan memberi fokus tempoh persaraanya untuk meluangkan masa bersama keluarga setelah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sarawak.
“Selepas ini saya tidak terlibat lagi dalam JPBN Sarawak kerana sudah tidak menjadi Pengarah Kesihatan lagi.
“Buat masa ini saya akan cuba meluangkan masa bersama keluarga saya dan selepas itu baru memikirkan apa arah tuju selepas itu,” jelasnya.
Terdahulu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian turut menzahirkan penghargaan kepada Dr Chin di atas jasanya melalui satu hantaran di laman Facebook miliknya.
Katanya, Dr Chin telah memikul tugas setanding bidang tugas 11 pengarah kesihatan negeri di Semenanjung Malaysia dan beliau telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam menggalas tanggungjawab itu.
“Terima kasih tak terhingga kepada Dr Chin untuk penglibatan dalam perkhidmatan perubatan lebih tiga dekad kepada warga Sarawak dan sumbangan dalam pelbagai pembangunan perubatan di Sarawak,” katanya lagi.
Fadilah Sulaiman
Fri May 21 2021
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Dr Chin Zin Hing mengharapkan usaha dalam mengekang penularan COVID-19 di negeri itu diteruskan dan mendapat kerjasama setiap masyarakat. - Gambar fail
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Analisis perdagangan: Imbangan dagangan menurun, jumlah dagangan meningkat
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan 12.1 peratus daripada RM197.8 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM221.7 bilion dipacu oleh kenaikan import 15.6 peratus, mencecah RM107.0 bilion dan eksport 9.1 peratus, mencecah RM114.7 bilion. Bagaimana ini mencerminkan kesihatan ekonomi semasa?
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Malaysia sebagai pintu masuk syarikat Sweden - Duta
Malaysia terus menarik syarikat Sweden kerana kestabilan politik negara, taraf hidup yang baik dan penguasaan bahasa Inggeris meluas.
Malaysia Masters 2024 buka gelanggang, pemain negara optimis buat yang terbaik
Gelanggang kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 membuka tirainya hari ini hingga 26 Mei ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
AWANI Pagi: COVID-19 belum berakhir
Diskusi #AWANIpagi hari ini bersama Dr Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung ancaman COVID-19 yang belum berakhir.
#AWANInews
#AWANInews
EPL: Liverpool sahkan Arne Slot sebagai pengganti Jurgen Klopp
Slot mengendalikan kelab Belanda, Feyenoord Rotterdam sejak 2021, memenangi kejuaraan liga Eredivisie pada 2022/23 bersama Piala Belanda.
Thailand catat KDNK 1.5 peratus dalam suku pertama
KDNK dalam tempoh Januari-Mac perlahan disebabkan oleh penurunan dalam pelaburan awam, perbelanjaan kerajaan dan eksport barangan.
Helikopter terhempas: Iran minta tolong, Amerika terpaksa menolak
Pada dasarnya, Amerika tidak dapat menyediakan bantuan itu sebahagian besarnya atas sebab-sebab logistik, kata Jabatan Negara AS.
Wujudkan bank pokok tempatan, tangani isu pokok tumbang
Keistimewaan pokok tempatan terletak pada daya tahan, pengadaptasian terhadap cuaca, kualiti kepada flora fauna serta ekologi persekitaran.
Dua lelaki pengsan di Sandakan bukan disebabkan vaksin
Dua lelaki yang pengsan selepas mendapat suntikan vaksin bukan disebabkan vaksinasi.
Tiada penularan varian Delta dalam komuniti di Sarawak
Jabatan Kesihatan Sarawak hari ini menegaskan tiada penularan dalam komuniti susulan pengesanan kes pertama varian Delta di Kuching, Sarawak.
Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin bersara
Dia juga adalah merupakan salah seorang individu penting di sebalik pengurusan pandemik di Sarawak.
Dua kluster baharu COVID-19 dikesan di Sabah
Dua kluster baharu COVID-19 dikesan di Sabah melibatkan anggota kesihatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Kota Kinabalu dan Hospital Keningau.