KUALA LUMPUR: Seorang pengarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memindahkan wang milik syarikatnya berjumlah lebih RM800,000 ke syarikat lain, dua tahun lepas.
Chin Wai Lan, 50, didakwa sebagai pengarah syarikat Infinity Trustee Berhad telah memindahkan wang RM859,750 daripada akaun semasa Alliance Bank Berhad milik syarikatnya ke akaun semasa CIMB Bank Berhad milik Pixelvest Sdn Bhd.
Mengikut pertuduhan, tindakan itu bagi melanjutkan perlakuan salah Pixelvest Sdn Bhd yang menjalankan suatu urusan dalam aktiviti terkawal iaitu pengurusan kumpulan wang sedangkan ia bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar.
Chin didakwa melakukan perbuatan itu di Alliance Bank Malaysia Berhad, Petaling Jaya di sini pada 11 Okt 2022 mengikut Subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama perenggan 370(b) dan subseksyen 367(1) akta sama dan boleh dihukum di bawah subseksyen 58(4) akta sama.
Akta itu memperuntuk hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10 juta kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
MAHKAMAH-SC 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Hakim Azrul Darus membenarkan permohonan Chin, yang diwakili peguam Datuk Tan Hock Chuan, untuk mengguna pakai jaminan RM10,000 yang ditetapkan terhadap tertuduh sebelum ini beserta syarat tambahan pasport diserah kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.
Mahkamah turut menetapkan 10 Julai ini untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti Muhammad Izzat Fauzan.
Di Mahkamah Sesyen berasingan, Ang Jen Chuen, 31, yang mewakili Syarikat Pixelvest Sdn Bhd, mengaku tidak bersalah atas dakwaan menjalankan suatu urusan dalam aktiviti terkawal iaitu pengurusan kumpulan wang sedangkan ia bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Emporis SOHO, Kota Damansara di sini antara 15 Dis 2020 dan 31 Ogos 2022 mengikut Subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan 6 Jun ini untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Muhammad Izzat manakala Ang diwakili peguam Fakrul Redha Paridul Adras.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024

Seorang pengarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memindahkan wang milik syarikatnya berjumlah lebih RM800,000 ke syarikat lain, dua tahun lepas. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Pengarah Twin Peaks, David Lynch meninggal dunia
Pengarah drama bersiri Twin Peaks serta penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Anugerah Akademi 2019, David Lynch meninggal dunia pada Khamis.

Rasuah RM10,000, bekas Pengarah Maritim Tanjung Sedili diarah bela diri
Mahkamah mengarahkan Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili, membela diri atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000, empat tahun lalu.

Trump berhasrat lantik Kash Patel sebagai Pengarah FBI
Kash ialah seorang peguam, penyiasat, dan pejuang 'America First' yang cemerlang, yang telah menghabiskan kerjayanya membongkar rasuah.

Pencemaran bau: Lima suspek termasuk pengarah dihadap ke mahkamah
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara bagi tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun.

Pengarah, Ketua Cawangan negeri dikenakan tindakan jika biar kaunter tidak dibuka - KP JPJ
Perkhidmatan kaunter yang efisien amat ditekankan memandangkan fokus utama jabatan dadalah untuk menambah baik sistem penyampaian.

Pengarah didakwa pindah wang milik syarikat lebih RM800,000
Seorang pengarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memindahkan wang milik syarikatnya berjumlah lebih RM800,000 ke syarikat lain, dua tahun lepas.

Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.

Aaron Aziz cabar diri, duduk di kerusi pengarah filem kisah cinta
Pelakon berbakat besar itu diberi peluang untuk mengarahkan sebuah filem bertemakan cinta berjudul Sayu Yang Syukur.

Reman SPRM ke atas pengarah tidak ada kaitan dengan syarikat BDB
"Siasatan tidak berkaitan dengan BDB dan tidak menjejaskan operasi Kumpulan BDB."

Buah tangan pertama sebagai pengarah, Zizan gementar nak jayakan Heistdilfitri
Pertama kali memikul tanggungjawab seorang pengarah, pelakon Zizan Razak mengakui dia berasa gementar ketika mengarah telefilem Heistdilfitri.