SHAH ALAM:Seorang pengarah agensi kerajaan di Selangor yang ditahan pada Sabtu bagi membantu siasatan kerana disyaki mencabul kakitangannya telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek berusia 35 tahun itu dibebaskan selepas pegawai penyiasat selesai melakukan siasatan.
“Laporan polis dibuat oleh mangsa pada 12 Februari lepas pada kira-kira jam 10.30 pagi dan suspek ditahan semalam (Sabtu), hari ini (Ahad) dia diberi jaminan polis setelah selesai tindakan oleh pegawai penyiasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
“Polis kini sedang menyiapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya bagi tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.
Pada Sabtu, media melaporkan suspek ditahan polis selepas dipanggil bagi membantu siasatan berhubung laporan polis berkenaan di Balai Polis Daerah Klang Selatan.
Bernama
Sun Feb 14 2021

Laporan polis dibuat oleh mangsa pada 12 Februari lepas pada kira-kira jam 10.30 pagi dan suspek ditahan semalam (Sabtu). - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pengarah agensi kerajaan disyaki cabul kakitangan bebas dengan jaminan polis
Suspek berusia 35 tahun itu dibebaskan selepas pegawai penyiasat selesai melakukan siasatan.