KUALA LUMPUR: Penganjuran program berbuka puasa beramai-ramai seperti Iftar@Kuala Lumpur (Iftar@KL) yang diadakan di Jalan Raja, Dataran Merdeka di sini setiap tahun akan diperluas ke setiap negeri pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan bagaimanapun berkata pelaksanaan program itu, yang bertujuan memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah serta mengeratkan silaturahim antara kaum, memerlukan kerjasama rakan strategik dan penajaan bagi menjayakannya.
"Kita lihat sambutan dan pengisian program ini cukup baik... oleh sebab itu, kita bersetuju untuk meluaskan program seumpama ini di seluruh negara.
"Namun kita perlu terlebih dahulu mengenal pasti rakan strategik lain untuk bersama menganjurkan supaya mereka boleh membantu mengenal pasti lokasi yang sesuai sekali gus ia dapat diadakan dalam suasana yang meriah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kementerian itu menyasarkan 10,000 warga kota termasuk pelancong asing hadir pada program Iftar@KL yang diadakan selama empat hari bermula hari ini hingga 16 April.
Katanya selain berbuka puasa, aktiviti Iftar@KL tahun ini ialah menyedia dan mengagihkan bubur lambuk, solat berjemaah, tadarus al-Quran serta tazkirah Ramadan dan perkhidmatan kaunter zakat selain lebih 40 kenderaan saji menyediakan pelbagai juadah makanan dan minuman.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2023

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk berbuka puasa di sekitar Dataran Merdeka sempena Program Iftar @Kuala Lumpur yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akhbar Khan hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Penganjuran program seperti Iftar@KL akan diperluas ke setiap negeri - Khairul Firdaus
Penganjuran program berbuka puasa beramai-ramai seperti Iftar@Kuala Lumpur (Iftar@KL) akan diperluas ke setiap negeri pada masa akan datang.