KUALA LUMPUR: Penganjur konsert di Malaysia harus melihat semula segala pertimbangan dalam mencari lokasi yang terbaik dan sesuai untuk mengadakan acara mereka di dalam negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert sebelum ini.
"... diharap, pada peringkat tertentu saya ingin mengajak semua penganjur dan promoter untuk munculkan diri dan memberikan pandangan mengapa isu seperti ini tidak boleh diselesaikan," katanya ketika ditanya berkenaan rungutan mereka yang pergi ke konsert mengenai lokasi sesuai untuk mengadakan pertunjukan.
Fahmi berkata demikian ketika ditemui sebelum konsert "AR Rahman - Secret of Success - Live in Malaysia 2023" di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga menghadiri konsert komposer muzik India pemenang Anugerah Oscar itu bersama Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B N Reddy.
Ditanya mengenai harapan beliau terhadap ulang tahun ke-30 kembara muzikal AR Rahman yang diadakan di Malaysia, Fahmi berkata ia merupakan satu permulaan yang baik kepada pihak berkuasa untuk melihat apa yang boleh mereka lakukan terutamanya dalam peraturan sedia ada.
"Kami faham dalam rantau ini, ada beberapa premis yang menjadi lokasi di mana konsert mega seperti ini berlangsung.
"Jadi, kami perlu melihat bagaimana konsert seperti ini membawa masuk pelancong ... yang membawa kesan positif kepada ekonomi."
Fahmi juga berkata beliau menghadiri taklimat Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang merupakan agensi bertanggungjawab untuk memberi permit kemasukan artis-artis antarabangsa ini.
"Justeru, kami mahu melihat apa yang kami boleh lakukan untuk memperkemaskan prosesnya untuk menjadikan ia lebih cepat dan lebih efisien serta dengan harapan boleh membawa masuk lebih banyak pelancong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023
![Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674345512_FahmiFadzil.jpg)
FAHMI: Kami perlu melihat bagaimana konsert seperti ini membawa masuk pelancong... yang membawa kesan positif kepada ekonomi. - Gambar fail/BERNAMA
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri
Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027.
Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap
Isu sentimen agama Islam terancam dan perkauman yang dimanipulasi parti pembangkang dilihat sebagai antara punca utama kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada Sabtu.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
Heret pelaku ke muka pengadilan
Membahaskan LKAN di Parlimen tanpa mengambil sebarang timdakan susulan daripada hasil penemuan itu tidak akan memperbaiki tatakelola agensi kerajaan.
Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia
Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol 6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720276393_TBpamplona.jpg)
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
![Datuk Malik beri kerjasama siasatan kes rasuah Datuk Malik beri kerjasama siasatan kes rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690538000_TBDatukMalik.jpg)
Datuk Malik beri kerjasama siasatan kes rasuah
'Datuk Malik' akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
![Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674345512_FahmiFadzil.jpg)
Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.
!['Maruah saya tercalar..' - Isteri Zamani dakwa duit 'disonglap', penganjur konsert jelas isu sebenar 'Maruah saya tercalar..' - Isteri Zamani dakwa duit 'disonglap', penganjur konsert jelas isu sebenar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667469680_TBZAMANI.jpg)
'Maruah saya tercalar..' - Isteri Zamani dakwa duit 'disonglap', penganjur konsert jelas isu sebenar
"Saya bukan nak panjangkan hal ini tetapi saya rasa maruah dah tercalar disebabkan kenyataan isterinya."
![Wanita ditahan menyamar penganjur konsert di Sabah Wanita ditahan menyamar penganjur konsert di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666927343_KonsertPalsu.jpg)
Wanita ditahan menyamar penganjur konsert di Sabah
Polis telah menahan wanita berusia 48 tahun yang mempunyai dua rekod jenayah lampau dan salah satunya melibatkan kes penipuan.
![Kuala Lumpur dibanjiri konsert artis Indonesia, penyanyi tempatan sekadar penonton? Kuala Lumpur dibanjiri konsert artis Indonesia, penyanyi tempatan sekadar penonton?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665210671_Mahsup.jpg)
Kuala Lumpur dibanjiri konsert artis Indonesia, penyanyi tempatan sekadar penonton?
Sebelum kalendar 2022 berakhir, terdapat sebaris penyanyi dari seberang yang bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur.