Pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa bekerja 36 jam untuk membersihkan longgokan sampah yang ditinggalkanpeserta perhimpunan haram Bersih 4 di ibu negara, hujung minggu lepas.
Justeru, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata penganjur perhimpunan haram itu harus bertanggungjawab dalam menanggung kos pembersihan berjumlah RM65,000.
Beliau berkata pihak penganjur mempunyai kewangan yang cukup untuk membayar kos pembersihan itu memandangkan mereka berjaya mengutip derma sebanyak RM2.4 juta.
"Bukan sekadar sampah yang perlu dikutip, air kencing peserta perhimpunan di pokok bunga, belakang bangunan, bawah tangga dan dalam parit juga perlu dibersih.
"Duit (untuk pembersihan) itu bukan duit saya, itu duit kerajaan dan duit rakyat. Kalau berani buat berani tanggung la...kenapa tak nak bayar pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Khamis.
Semalam, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dilapor berkata tindakan Abdul Rahman mengenakan kos pembersihan kepada pihak penganjur Bersih 4 adalah tidak adil kerana itu merupakan tanggungjawab DBKL.
Ditanya mengenai pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di tujuh negeri, Abdul Rahman berkata pihak kementerian sedang mendidik setiap isi rumah untuk lebih memahami tanggungjawab mereka.
"Setakat ini, pelaksanaan itu masih dalam peringkat permulaan dan kami kini dalam proses mendidik isi rumah memahami kaedah yang ditetapkan. Kompaun hanya akan dikenakan pada 1 Jun depan sekiranya perlu," katanya.
Beliau berkata setakat ini pelaksanaan pengasingan sisa pepejal itu disambut baik penduduk di tujuh negeri terlibat khususnya golongan muda.
"Pelaksanaan ini akan dapat mengurangkan jumlah perbelanjaan kerajaan untuk kos melupus dan menguruskan sampah yang mencecah RM2 billion setiap tahun," katanya.
Tujuh negeri yang terlibat dalam pelaksanaan pengasingan sisa pepejal yang bermula awal bulan ini ialah Wilayah Persekutuan, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Pahang.
Bernama
Thu Sep 03 2015
ABDUL RAHMAN: Bukan sekadar sampah yang perlu dikutip, air kencing peserta perhimpunan di pokok bunga, belakang bangunan, bawah tangga dan dalam parit juga perlu dibersih.
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.
Tiada keperluan mendesak pinda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 - MBWP
Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) berpandangan bahawa tiada keperluan yang mendesak untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
Beberapa jalan di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat malam ini
Hujan lebat sejak 7.30 malam ini di ibu kota telah menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air.
DBKL pantau banjir kilat menerusi bilik gerakan 24 jam - Dr Zaliha
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaktifkan bilik gerakan bagi memantau sebarang kejadian terutamanya banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.