KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengenakan denda melebihi RM10,000 berikutan pelanggaran syarat oleh pihak penganjur konsert sempena Pesta Loy Kratong di Bachok, Jumaat lepas.
Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata konsert berkenaan tidak melanggar Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan kerana ia mempunyai permit untuk penganjuran, namun gagal mematuhi sebahagian peraturan ditetapkan.
"Pihak penganjur memohon permit untuk acara berkenaan pada 25 Jun dan permit hanya diluluskan pada 20 Sept selepas kita menjelaskan syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi termasuk lokasi penganjuran tertutup serta hanya dihadiri penganut agama mereka sahaja.
"Bagaimanapun pihak penganjur gagal mematuhi sebahagian peraturan ditetapkan dan antara kesalahan dikenal pasti adalah menampilkan penyanyi dari Thailand yang tidak mematuhi etika pemakaian selain membenarkan pengunjung beragama Islam ke konsert berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR Kelantan Nor Azmiza Mamat yang menuntut kerajaan negeri menyiasat satu konsert memaparkan kumpulan penyanyi wanita dari Thailand yang berpakaian mencolok mata didakwa dianjurkan di Kampung Balai, Bachok, Jumaat lepas.
Beliau berkata susulan video berkenaan, pihaknya sudah melakukan siasatan dan proses pendengaran semalam yang dihadiri beberapa pihak termasuk wakil Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam, pihak polis, pejabat agama dan penganjur.
"Pihak penganjur di Bachok mengakui seorang anggota Rela yang diupah di konsert berkenaan, gagal mengawal keadaan sehingga acara itu turut dikunjungi pengunjung beragama Islam.
"Sedangkan poster berhubung acara berkenaan sudah dibuat dalam bahasa Thailand dan konsert keagamaan yang diadakan secara tahunan itu hanya untuk penganut beragama Buddha," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023
Konsert berkenaan tidak melanggar Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan kerana ia mempunyai permit, namun gagal mematuhi sebahagian peraturan ditetapkan. - Gambar/ Media sosial
Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral
Saksi menafikan pendakwaan kes itu disegerakan kerana kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian awam.
Malaysia persiapkan ASEAN untuk masa depan berdaya tahan dengan tema Pengerusian 2025
Tema Kepengerusian ASEAN 2025, "Keterangkuman dan Kelestarian" mencerminkan komitmen kolektif rantau ini untuk membentuk masa depan yang saksama dan berdaya tahan.
10 Berita Pilihan - (9 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.
Belia 4B tawar Mohd Ridhwan calon Presiden Majlis Belia Malaysia
Gerakan Belia 4B Malaysia mencalonkan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali untuk bertanding bagi jawatan Presiden dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia ke-73.
Tumpuan Jumaat – 10 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang maut, tiga parah dalam kemalangan di Gua Musang
Seorang maut manakala tiga parah selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Sungai Asap di Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini.
Surat derma Arab Saudi langsung tidak sebut nama Raja Abdullah, mahkamah diberitahu
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa surat yang didakwa diterima Najib berhubung pemberian derma daripada Almarhum Raja Abdullah langsung tidak menyebut nama raja itu.
Bekas presiden MIC Subramaniam bakal terima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman
Bekas presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam bakal menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India esok.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di pusat pemeriksaan mulai 9 Jan 2025
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Penganjur konsert di Kelantan gagal patuhi peraturan, akan didenda
Kerajaan Kelantan akan mengenakan denda melebihi RM10,000 berikutan pelanggaran syarat oleh pihak penganjur konsert sempena Pesta Loy Kratong di Bachok, Jumaat lepas.