Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada Selasa menjelaskan penganjur 'I want to touch a Dog' telah tidak menepati objektif program seperti dipersetujui dalam surat permohonannya.
Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata pihaknya difahamkan program berkenaan pada mulanya dianjurkan bagi memberi pencerahan atau kefahaman mengenai hukum berkaitan anjing dalam perspektif Islam.
Beliau berkata menerusi surat penganjur pada 3 Okt lalu, program berkenaan dibuat untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam tentang keperluan menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar.
Katanya program itu juga dianjurkan bagi menerangkan kaedah yang mengharuskan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, memegang dan mengendalikan anjing serta cara menyamaknya.
"Saya telah menerima cadangan mengadakan program sedemikian dan telah membincangkannya dengan lebih lanjut bersama salah seorang wakil muda daripada pencadang malah saya juga berbincang dengan Mufti Selangor dan menyampaikan kertas cadangan tersebut kepada pihaknya," kata beliau.
Mohamad Adzib berkata bagaimanapun perlakuan memegang, memeluk dan mencium anjing oleh orang Islam dengan sengaja seperti yang berlaku pada hari tersebut amatlah dikesali dan bertentangan dengan hukum syarak.
Tambah beliau, Jabatan Mufti Selangor telah memberikan panduan kepada penganjur menerusi surat pada 9 Okt lepas bahawa walaupun anjing banyak memberi manfaat kepada manusia, namun ia tetap haram jika sengaja disentuh oleh umat Islam dalam keadaan haiwan itu basah atau sebaliknya.
Ini kerana persentuhan itu dianggap sebagai najis berat tetapi jika kedua-duanya bersentuhan dalam keadaan kering, ia tidak dianggap najis, katanya.
"Oleh itu, jika ingin menjadikan anjing sebagai penjaga rumah atau untuk berburu, hendaklah ditambat di luar rumah bagi mengelakkan kita terlibat dengan najisnya," katanya.
Program yang dianjurkan di sebuah taman rekreasi di Bandar Utama pada Ahad lepas mendapat kritikan pelbagai pihak apabila umat Islam dibenar bermesra dan bermain dengan anjing yang dibawa peserta bukan Islam.
Bernama
Wed Oct 22 2014
![Penganjur I want to touch a dog tidak tepati persetujuan - MAIS Penganjur I want to touch a dog tidak tepati persetujuan - MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/41390580513_295x200.jpg)
MOHAMAD ADZIB: Pihaknya difahamkan program berkenaan pada mulanya dianjurkan bagi memberi pencerahan atau kefahaman mengenai hukum berkaitan anjing dalam perspektif Islam.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Anjing bertuan serang, kejar murid ketika berjalan ke sekolah Anjing bertuan serang, kejar murid ketika berjalan ke sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706660002_AnjingKejar.jpg)
Anjing bertuan serang, kejar murid ketika berjalan ke sekolah
Hasil siasatan awal mendapati anjing terbabit telah dipindahkan oleh pemilik ke pusat perlindungan haiwan di Butterworth.
![Anjing baka 'Golden Retriever' sambut ulang tahun pertama sebagai 'Datuk Bandar' Anjing baka 'Golden Retriever' sambut ulang tahun pertama sebagai 'Datuk Bandar'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696156686_DogMayor.jpg)
Anjing baka 'Golden Retriever' sambut ulang tahun pertama sebagai 'Datuk Bandar'
Sejak 2012, tiga generasi anjing itu telah memegang jawatan Datuk Bandar Idyllwild, sebuah pekan pergunungan di California Selatan.
![Ini anjing paling berpengaruh di media sosial, ada 25 juta pengikut & jana jutaan ringgit Ini anjing paling berpengaruh di media sosial, ada 25 juta pengikut & jana jutaan ringgit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684943034_Anjingjanajuta.jpg)
Ini anjing paling berpengaruh di media sosial, ada 25 juta pengikut & jana jutaan ringgit
Pada zaman media sosial, bukan hanya manusia yang boleh menerima gelaran influencer atau pempengaruh tetapi juga haiwan.
![Berjaya dirawat, anjing sembuh daripada ketagihan alkohol Berjaya dirawat, anjing sembuh daripada ketagihan alkohol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681043986_TBDOG.jpg)
Berjaya dirawat, anjing sembuh daripada ketagihan alkohol
Coco terpaksa diberi ubat bius selama empat minggu untuk merawat gejala ketagihannya.
![Pemilik anjing di Sarawak perlu dapatkan lesen Pemilik anjing di Sarawak perlu dapatkan lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599634810_doganjingrabies.jpg)
Pemilik anjing di Sarawak perlu dapatkan lesen
Pemilik anjing yang ingkar memohon lesen berkenaan boleh dikenakan denda maksimum RM5,000.
![Kadar lesen pelihara anjing kekal RM10 seekor - MPM Kadar lesen pelihara anjing kekal RM10 seekor - MPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673424276_AnjingSedih.jpg)
Kadar lesen pelihara anjing kekal RM10 seekor - MPM
Keputusan itu dibuat selepas kajian semula dilakukan dan kadar lesen anjing dikekalkan seperti yang termaktub sebelum ini iaitu RM10 seekor.
![Tiga maut bersama seekor anjing dalam kebakaran hotel Tiga maut bersama seekor anjing dalam kebakaran hotel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81672701293_Hotel.jpg)
Tiga maut bersama seekor anjing dalam kebakaran hotel
60 anggota bomba telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran di Hotel New County di Perth & Kinross, yang berlaku pada awal pagi.
![Zeynep bakal diiktiraf anjing tertua dunia Zeynep bakal diiktiraf anjing tertua dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672116150_Germanshepherd.jpg)
Zeynep bakal diiktiraf anjing tertua dunia
Ketika ini proses penilaian terhadap Zeynep telah bermula dan anjing itu dalam proses pemeriksaan ketiga bagi menentukan umurnya.
![Prosiding perceraian bertukar jenayah gara-gara anjing peliharaan Prosiding perceraian bertukar jenayah gara-gara anjing peliharaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668499665_GermanPointer.jpg)
Prosiding perceraian bertukar jenayah gara-gara anjing peliharaan
Konrad mendakwa berbuat demikian kerana haiwan tersebut menghidap kanser dan dalam kesakitan.
![Bomba selamatkan 10 kucing, seekor anjing dalam kebakaran Bomba selamatkan 10 kucing, seekor anjing dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664110328_TBANJINGKEBAKARAN.jpg)
Bomba selamatkan 10 kucing, seekor anjing dalam kebakaran
Sepuluh kucing dan seekor anjing berjaya diselamatkan pasukan bomba dalam kebakaran kedai haiwan peliharaan di Jalan Apas Batu 3, di sini, petang tadi.