Faktor pengangguran adalah antara punca sesetengah individu terlibat dalam kegiatan jenayah samun kedai, termasuk mengambil jalan mudah untuk memperoleh wang dengan cara terpantas.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata ia disebabkan kehadiran ramai pendatang asing yang bekerja di negara ini sehingga mereka tiada punca pendapatan dan tekanan hidup memaksa mereka melakukan kegiatan itu.
"Kemiskinan dan kegawatan ekonomi juga mendorong perlakuan jenayah tersebut...kadang-kala orang yang melakukan kegiatan ini pernah terlibat dengan sindiket jenayah yang sama," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Lee merujuk kes polis menahan empat lelaki di dua lokasi iaitu di Bandar Baru Selayang dan Bandar Sri Permaisuri pada 24 Julai lepas kerana disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan di sebuah kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam di Jalan Delima 13, Wangsa Maju di sini, pada 14 Julai lalu.
Berikutan itu, beliau menyarankan pengusaha kedai serbaneka agar mengadakan perbincangan dengan pihak polis bagi membanteras jenayah seumpama itu.
"Perbincangan yang dilakukan sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan kegiatan itu, kerana jika pengusaha merasakan seperti mengesyaki seseorang yang yang ingin melakukan jenayah boleh segera menghubungi polis.
"Polis juga harus mempertingkatkan rondaan malam di kawasan yang didapati berpotensi berlaku rompakan," katanya.
Beliau berkata pengusaha juga perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sudut yang berisiko tinggi untuk berlaku rompakan contohnya kaunter.
Katanya, CCTV dapat merakam perbuatan dan suasana semasa rompakan juga memudahkan siasatan polis bagi mengesan penjenayah serta membuat pengecaman wajah.
Beliau menggalakkan pengusaha untuk menambah bilangan anggota keselamatan bagi mengawal dan menyelia keadaan kedai.
Bernama
Thu Aug 08 2013
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penuhi Syawal dengan tingkatkan semangat perpaduan - Pakar
Gerakan #MZB365 yang diperkenalkan pertubuhan dalam masyarakat sivil (CSO) dan media di Malaysia, wajar diperluaskan atau disokong ramai pihak.
Polis Terengganu tubuh pasukan petugas cegah kes pecah, curi tabung masjid
Usaha itu dibuat menerusi kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
Masih ramai kena scam - MCPF
Jenayah seperti ini perlu diuar-uarkan sama ada di peringkat sekolah, kawasan luar bandar atau bandar.
MCPF sambut baik hasrat kerajaan untuk kenakan tindakan tegas pada pemandu mabuk
Langkah yang akan diambil oleh kerajaan itu bagi memastikan individu yang melakukan kesalahan itu dijatuhkan hukuman yang lebih berat dan setimpal pada masa hadapan.
Macau Scam: 'Jangan tumpangkan akaun bank' - MCPF
Kebanyakan mangsa tidak menyedari akaun mereka dimanipulasi untuk pemindahan wang jenayah bagi sindiket penipuan komersial.
Jabatan Khas Jenayah Alam Sekitar tidak sesuai ditubuhkan ketika ini - KPN
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata walaupun idea itu baik, namun pelbagai aspek lain seperti soal kekangan kewangan kerajaan juga perlu diambil kira dalam melaksanakan apa-apa cadangan.
Kaji semula waktu perkhidmatan dobi 24 jam
Waktu perkhidmatan kedai dobi layan diri terutama yang beroperasi 24 jam disaran dikaji semula bagi mengurangkan risiko kejadian samun.
Arahan RoS ikut peraturan, perlembagaan PPBM - TPM Ahmad Zahid
Sebarang tindakan yang diambil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) ke atas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah mengikut peraturan selain perlembagaan parti terbabit.
Adakan lebih banyak kempen kesedaran keselamatan warga emas - MCPF
Beliau berkata pihak berkuasa dan orang ramai perlu memainkan peranan dengan berkongsi maklumat mengenai trend jenayah terkini dan modus operandi supaya warga emas tidak menjadi mangsa.
Lebih 23,000 warga asing, PATI diusir tahun ini
Lebih 23,000 warga asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melakukan pelbagai kesalahan diusir ke negara asal dalam tempoh 1 Jan hingga 29 Mei tahun ini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk S