MELAKA: Tindakan seorang penganggur menumbuk dan menghempas bapanya ke tanah, akhirnya berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fahmi Ramli, 29, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama terhadapnya.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan cedera ke atas ayah kandung, Ramli Samad, 62, dengan menumbuk di kepala dan menghempas badannya ke tanah berbatu.
Kesalahan itu dilakukan di No 2154-2 Jalan Bunga Raya 4, KM4, Kampung Semabok di sini, pada jam 7.06 petang, 13 Jun lalu.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri memohon tertuduh yang mempunyai rekod lampau atas kesalahan sama dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.
Namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dikenakan terhadapnya.
Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan dari tarikh sabitan hari ini.
Dalam prosiding sama, Muhammad Fahmi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah seksyen sama iaitu menumbuk bapanya di alamat sama pada jam 11.05 malam 15 Mei tahun lalu.
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan cara membaling objek seperti batu, kayu dan besi terhadap mangsa sama di alamat dan masa sama mengikut Seksyen 352 kanun sama.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman sehingga tiga bulan penjara atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah memberikan diri sendiri dadah jenis methamphetamine di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah kira-kira jam 4.45 petang pada 15 Jun lalu.
Pendakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun dan dikenakan pengawasan polis maksimum tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwa menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 352 manakala RM8,000 atas kesalahan dadah.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,500 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 24 Julai depan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 22 2023

Muhammad Fahmi (tengah) dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Melaka pada Khamis. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penganggur tumbuk, hempas bapa dipenjara lapan bulan
Tindakan seorang penganggur menumbuk dan menghempas bapanya ke tanah, akhirnya berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara lapan bulan.

Minta RM2 tak dapat, anak tumbuk bapa hingga patah gigi
Mangsa enggan menunaikan permintaan berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan sikap biadab suspek terhadapnya sebelum ini.

Nelayan tumbuk bapa dihukum penjara lapan bulan
Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bapanya, Fouzi Ismail yang berusia 57 tahun.