MUAR: Seorang penganggur tergamak menjerut leher dengan tali dan menutup mulut isterinya hanya kerana diberikan RM100 selepas meminta wang dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kim Kee di sini pada Rabu.
Lelaki berusia 33 tahun itu dikatakan berang kerana isterinya tidak memberikan wang seperti yang diminta.
Akibat tidak berpuas hati, suspek cuba membunuh isterinya dengan bertindak sedemikian sehingga wanita berkenaan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu berlaku dipercayai akibat selisih faham.
"Suspek kemudian telah melarikan diri apabila mangsa tersedar selepas ditampar oleh suspek. Mangsa kemudiannya telah ke balai polis untuk membuat laporan.
"Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, bertindak atas laporan polis dibuat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar berjaya memberkas suspek.
Katanya, ujian air kencing suspek adalah negatif dadah dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Kes disiasat bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Tambah beliau, suspek kini direman selama lima hari bermula Rabu untuk membantu siasatan.
Difahamkan, suspek dan isterinya yang berusia 29 tahun dalam proses perceraian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 05 2023
![Penganggur jerut leher isteri, berang diberi RM100 Penganggur jerut leher isteri, berang diberi RM100](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696501804_TBjerutisteri.jpg)
Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar berjaya memberkas suspek tidak lama selepas kejadian itu. - Gambar hiasan
Perhalus kelulusan projek ICT kerajaan melalui pendekatan EA - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian serta agensi yang terlibat untuk memperhalus kelulusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan melalui pendekatan enterprise architecture (EA) secara holistik.
Pemuliharaan Tapir: Pusat pemuliharaan kedua di Negeri Sembilan menjelang 2027
Sebanyak 112 Tapir Malaya terkorban akibat kemalangan jalan raya di jalan persekutuan, jalan negeri dan lebuh raya.
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sebaik menerima panggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang tiba di lokasi jam 5.49 petang.
Pemandu lori maut dalam kemalangan, diserang sakit jantung
Seorang pemandu lori maut, dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika memandu yang menyebabkan kenderaannya melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tun Zaidi Adruce pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 11.36 pagi ketika kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berhenti semasa lampu isyarat merah di persimpangan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 11.36 pagi ketika kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berhenti semasa lampu isyarat merah di persimpangan berkenaan.
Op selamat 23 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sebanyak 1,980 kes kemalangan direkodkan pada Op Selamat 23 di negeri ini berbanding 2,124 kes dalam operasi yang sama tahun lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sebanyak 1,980 kes kemalangan direkodkan pada Op Selamat 23 di negeri ini berbanding 2,124 kes dalam operasi yang sama tahun lalu.
Trump hubungi dua presiden, tekad tamatkan perang Rusia-Ukraine
Presiden America Syarikat, Donald Trump membincangkan perang di Ukraine dalam panggilan telefon dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy.
![Isu pindaan Akta Perhimpunan Aman, pelabur asing tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu pindaan Akta Perhimpunan Aman, pelabur asing tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738795186_ParlimenBangunanP.jpg)
Isu pindaan Akta Perhimpunan Aman, pelabur asing tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) akan bertanyakan perkara itu kepada Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Kekejaman zionis: Infrastruktur penduduk ranap di Tebing Barat
Serpihan bangunan yang musnah akibat keganasan Israel di kem pelarian Al Faraa di Tebing Barat mula dibersihkan pada Rabu.
Menurut penduduk tempatan, tentera Israel telah beroperasi di kawasan itu selama sebelas hari sebagai sebahagian daripada operasi berskala besar yang sedang dijalankan di Tebing Barat.
Menurut penduduk tempatan, tentera Israel telah beroperasi di kawasan itu selama sebelas hari sebagai sebahagian daripada operasi berskala besar yang sedang dijalankan di Tebing Barat.
Houthi sedia serang Israel jika perang Gaza diteruskan
Kumpulan Houthi di Yaman bersedia menyerang Israel sekiranya negara itu mengingkari perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan meneruskan serangan terhadap Gaza.
Rusia bebas guru AS selepas lebih tiga tahun dipenjara
White House mengumumkan, pihak berkuasa Rusia membebaskan seorang guru warganegara Amerika Syarikat (AS), Marc Fogel selepas tiga tahun setengah dipenjara.
![Dokumen kes lelaki cuba bunuh isteri di KLIA diserah, sebutan semula 26 Nov Dokumen kes lelaki cuba bunuh isteri di KLIA diserah, sebutan semula 26 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728964477_HafizulHawari.jpg)
Dokumen kes lelaki cuba bunuh isteri di KLIA diserah, sebutan semula 26 Nov
Mahkamah menetapkan kes Hafizul Hawari yang didakwa cuba membunuh isterinya dan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pengawal peribadi kepada wanita itu, disebut semula pada 26 Nov.
![Kes tembak di KLIA: Perbicaraan kes Hafizul miliki senjata api Disember depan Kes tembak di KLIA: Perbicaraan kes Hafizul miliki senjata api Disember depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726030726_sebutankes.jpg)
Kes tembak di KLIA: Perbicaraan kes Hafizul miliki senjata api Disember depan
Mahkamah Sesyen menetapkan 8 dan 9 Dis depan bagi perbicaraan kes Hafizul Hawari, 38, yang didakwa atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api.
![Mahkamah tetapkan 28 Ogos untuk serahan dokumen kes lelaki cuba bunuh isteri di KLIA Mahkamah tetapkan 28 Ogos untuk serahan dokumen kes lelaki cuba bunuh isteri di KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721880767_HafizulHawari.jpg)
Mahkamah tetapkan 28 Ogos untuk serahan dokumen kes lelaki cuba bunuh isteri di KLIA
Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan dokumen laporan perubatan, kimia dan forensik belum diserahkan kepada pasukan pembelaan.
![Kes tembak di KLIA: Sebutan semula kes Hafizul Hawari 11 Ogos Kes tembak di KLIA: Sebutan semula kes Hafizul Hawari 11 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719721149_sebutankes.jpg)
Kes tembak di KLIA: Sebutan semula kes Hafizul Hawari 11 Ogos
Mahkamah Sesyen menetapkan 11 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes melibatkan seorang pengurus syarikat agensi pelancongan yang didakwa atas tujuh pertuduhan.
![Tembak di KLIA: Pengurusan kes Hafizul cuba bunuh isteri 25 Julai Tembak di KLIA: Pengurusan kes Hafizul cuba bunuh isteri 25 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718084157_tbHafizulHawari.jpg)
Tembak di KLIA: Pengurusan kes Hafizul cuba bunuh isteri 25 Julai
Majistret, Muhammad Bukhori Md Ruslan memutuskan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan mereka memerlukan masa sebulan untuk melengkapkan dokumen berkaitan kes.
![Penganggur jerut leher isteri, berang diberi RM100 Penganggur jerut leher isteri, berang diberi RM100](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696501804_TBjerutisteri.jpg)
Penganggur jerut leher isteri, berang diberi RM100
Seorang penganggur tergamak menjerut leher dengan tali dan menutup mulut isterinya hanya kerana diberikan RM100 selepas meminta wang dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kim Kee di sini pada Rabu.