Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas tiga pertuduhan membunuh tiga sekeluarga di Kampung Bertam Malim, Melaka 25 Ogos lalu.
Tertuduh Luqman Hadi Mustapa, 28, yang berpakaian lokap polis hanya menunduk faham tanpa sebarang pengakuan selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Norina Maludin.
Mengikut pertuduhan, Luqman Hadi didakwa membunuh Hassan A. Wahab, 70; Mariah Baharim, 60 dan Muhammad Taufeq Hassan, 21 di rumah No 460-1, Jalan Sidang Said, KM7.2 Bertam Malim di sini.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 5.50 pagi hingga 6.15 pagi, 25 Ogos lepas dan pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati sekiranya sabit kesalahan.
Luqman yang juga merupakan anggota keluarga itu turut menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana dengan niat menetak dua lagi anak mangsa dengan menggunakan sebilah parang panjang.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara selama dua puluh tahun.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Majistret menetapkan 7 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat disediakan.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Chee Thim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Raffi Bachik
Wed Sep 07 2016
![Penganggur dituduh bunuh tiga sekeluarga di Melaka Penganggur dituduh bunuh tiga sekeluarga di Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/71473237170_KesBunuh.jpg)
Tertuduh Luqman Hadi Mustapa, 28, yang berpakaian lokap polis hanya menunduk faham tanpa sebarang pengakuan selepas kertas pertuduhan dibacakan. - Foto Bernama
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 17 Julai 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pasaran telah beralih ke arah pilihan raya presiden AS menjelang November nanti, yang menunjukkan kebimbangan terhadap Donald Trump berikutan dasar ekonominya yang akan memihak kepada pemotongan cukai dan pengenaan tarif terhadap China.
Niaga AWANI: [Hutang kerajaan persekutuan meningkat] Cabaran antara jimat atau langkah rangsangan
Perdana Menteri pada Selasa umum hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada RM1.22 trilion berbanding RM1.17 trilion. Apakah cabaran mengurus hutang ini untuk memasihkan ia kekal di bawah had statutori? Adakah dasar fikal kita masih utuh?
![Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721175184_Pemudaberatkgk.jpg)
Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.
![Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
Niaga AWANI: Potensi sebenar AI Generatif dalam sektor kewangan
Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) adalah teknologi yang semakin mendapat perhatian dalam sektor kewangan. Ia menawarkan potensi besar untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan ketepatan dalam pelbagai aspek perkhidmatan kewangan. Apakah langkah yang boleh diambil Malaysia untuk membina infrastruktur yang baik bagi menyokong penggunaan AI generatif dalam sektor kewangan?
![Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721173567_tbbusplummetsoffc.jpg)
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
![Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721173465_tblelakiditahanAI.jpg)
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
![Bunuh tiga anggota keluarga angkat, mahkamah kekalkan hukuman mati penganggur Bunuh tiga anggota keluarga angkat, mahkamah kekalkan hukuman mati penganggur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657645572_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Bunuh tiga anggota keluarga angkat, mahkamah kekalkan hukuman mati penganggur
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang penganggur kerana membunuh tiga anggota keluarga angkatnya enam tahun lepas.
![Bunuh tiga sekeluarga, penganggur dihukum gantung sampai mati Bunuh tiga sekeluarga, penganggur dihukum gantung sampai mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61565949738_TBKESBUNUHjpg.jpg)
Bunuh tiga sekeluarga, penganggur dihukum gantung sampai mati
Mahkamah Tinggi Melaka hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penganggur atas pertuduhan membunuh tiga ahli keluarga angkatnya tiga tahun lalu.
![Penganggur dituduh bunuh tiga sekeluarga di Melaka Penganggur dituduh bunuh tiga sekeluarga di Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/71473237170_KesBunuh.jpg)
Penganggur dituduh bunuh tiga sekeluarga di Melaka
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas tiga pertuduhan membunuh tiga sekeluarga di Kampung Bertam Malim.