PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang penganggur kerana membunuh tiga anggota keluarga angkatnya enam tahun lepas.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah turut mengesahkan hukuman penjara 10 tahun, yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap Luqman Hadi Mustapa kerana cubaan membunuh dua adik-beradik.
Nordin, yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata bebanan terletak pada Luqman untuk membuktikan pembelaannya atas kesalahan undang-undang di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan atas imbangan kebarangkalian.
Seksyen 84 menyatakan bahawa tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang, yang pada masa melakukannya, tidak berfikiran waras, tidak dapat mengetahui sifat perbuatan itu atau dia melakukan apa yang salah atau bertentangan dengan undang-undang.
Beliau berkata hakim perbicaraan yang perlu memutuskan sama ada pembelaan kehilangan akal dari segi undang-undang terbukti atau tidak berdasarkan fakta kes sambil menambah bahawa mahkamah mendapati Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang betul apabila menolak pembelaan hilang akal dalam kes itu dan ia telah disokong oleh undang-undang.
Orang yang dituduh mesti menunjukkan ketaksiuman dari segi perubatan dan undang-undang untuk mengaku sebagai tidak waras.
Hakim itu berkata sabitan Luqman bagi kesalahan itu adalah selamat dan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman ditolak.
Luqman, 33, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Melaka pada 16 Ogos 2019, yang menjatuhkan hukuman mati terhadapnya selepas didapati bersalah membunuh Mariah Baharim, 61, yang merupakan kakak ibu angkatnya, Hassan A. Wahab, 70, (suami Mariah) dan anak lelaki mereka Muhammad Taufeq Hassan, 22 tahun.
Mahkamah Tinggi juga mendapati Luqman bersalah atas dua pertuduhan cuba membunuh anak perempuan Mariah, Noor Haslinda Diyana Hassan, 26, dan Nur Aqedah Aeina Hassan, 24 dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun, serentak, bagi setiap dua pertuduhan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Sidang Said di Bertam Malim, Melaka antara 5.50 pagi dan 6.15 pagi pada 25 Ogos 2016.
Dalam keputusannya, hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin (kini hakim Mahkamah Rayuan) berkata tindakan Luqman tidak konsisten dengan individu yang tidak waras, memandangkan fakta bahawa neneknya tidak cedera dalam kejadian itu dan Luqman terlebih dahulu menyerang lelaki sebelum menyerang saudara perempuannya.
Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, 25 saksi memberi keterangan bagi pihak pendakwaan. Apabila mahkamah mengarahkan Luqman membela diri, dia memilih untuk berdiam diri.
Timbalan Pengarah Hospital Permai di Johor dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan untuk mengemukakan laporan oleh pakar psikiatri yang telah memeriksa Luqman kerana pakar psikiatri itu telah meninggal dunia.
Luqman ada satu lagi peluang untuk merayu iaitu ke Mahkamah Persekutuan.
Luqman diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork, Mohd Fahmy Sulaiman dan Azalea Nazihah Zulkifli manakala Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farhana Khalid dan Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022
Luqman merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Melaka pada 16 Ogos 2019, yang menjatuhkan hukuman mati terhadapnya selepas didapati bersalah membunuh. - BERNAMA
Ukraine - Rusia: Zelenskiy yakin AS akan terus beri sokongan kuat
Zelenskiy, dalam video ucapan sempena Tahun Baru menegaskan Ukraine akan terus kuat untuk mendapatkan kembali keamanan dan mendapat penghormatan dari seluruh dunia.
Perakam data penerbangan dihantar ke AS untuk analisis
Kementerian Pengangkutan Korea Selatam pada Rabu berkata, ini kerana perakam penerbangan tersebut mengalami kerosakan luaran yang teruk sehinggakan pihaknya tidak dapat mengekstrak data.
Pemandu sengaja rempuh orang ramai, tembak dua pegawai polis
Menurutnya, insiden tersebut tiada kena mengena dengan pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI)..sebaliknya, pihaknya berpendapat ia lebih kompleks dan serius daripada itu..
10 terbunuh, 30 tercedera dirempuh trak semasa sambutan tahun baharu
Menurut agensi kerajaan bandar itu, kejadian tersebut berlaku semasa sambutan malam tahun baru
Mesyuarat ASEAN platform promosi langkawi sebagai destinasi pelancongan
Pemilihan Langkawi sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN pada tahun ini dilihat dapat menjadi platform terbaik untuk mempromosi pulau peranginan itu.
Kerajaan laksana tempoh percubaan kod QR di KLIA
Kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2025 buka tirai, rai kelahiran Generasi Beta
Tahun 2025 yang membuka tirai tepat pada 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta). Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).
Tahun Baharu 2025: Penduduk Gaza harap keamanan, dapat pulang ke rumah
Ketika Gaza terus dilanda peperangan, penduduk berkata harapan terbesar mereka adalah untuk melihat berakhirnya konflik dan pulang ke rumah masing-masing.
Titah Sultan Selangor 'jentik' rakyat meraikan perbezaan
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Tujuh lelaki, seorang wanita ditahan disyaki pecah masuk pejabat
Kumpulan tersebut dipercayai terlibat dengan sekurang-kurangnya empat kes pecah pejabat dan curi termasuk curi kereta di kawasan Lembah Klang.
Bunuh tiga anggota keluarga angkat, mahkamah kekalkan hukuman mati penganggur
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang penganggur kerana membunuh tiga anggota keluarga angkatnya enam tahun lepas.