SEREMBAN: Seorang penganggur dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh seorang juruteknologi pergigian, empat tahun lepas.
Hakim Azizul Azmi Adnan menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Malik Rosli, 24, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Katanya beliau telah meneliti secara maksimum keterangan dikemukakan pada peringkat pembelaan, dan memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh.
Abdul Malik didakwa membunuh Mahussin Abdul Rahim, 28, di sebuah unit tingkat 4 Kuarters Klinik Kesihatan Lukut, Port Dickson kira-kira pukul 1.40 pagi, pada 19 Jan 2018.
Mayat Mahussin ditemui rakannya selepas 72 jam dilaporkan menghilangkan diri dan tidak datang bekerja pada 22 Jan 2018.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Husni Fairos Ramly dalam hujahannya berkata membunuh adalah kesalahan berat dan memohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi tertuduh sebagai pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan kesalahan sama.
"Mengikut fakta kes, kesalahan telah dirancang malah tertuduh tergamak mengambil barangan mangsa dan memukulnya menggunakan barangan dalam rumah si mati," katanya.
Peguam Datuk Haniff Hasan yang mewakili tertuduh berkata ia bukan jenayah terancang tetapi berlaku akibat tekanan perasaan dialami oleh anak guamnya sehingga dia bertindak di luar batasan.
"Latar belakang tertuduh perlu diambil kira, dia berumur 20 tahun ketika itu, umur yang muda, tidak ada kerja tetap, datang daripada keluarga miskin.. keluarga tidak hadir hari ini kerana tak mampu untuk datang ke mahkamah," katanya.
Haniff turut memaklumkan pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan.
Seramai 32 saksi pendakwaan memberi keterangan manakala hanya tertuduh seorang memberi keterangan pada peringkat pembelaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2022
Hakim Azizul Azmi Adnan menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Malik Rosli, 24, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. - Gambar hiasan
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Bangladesh minta Hasina diekstradisi
Penasihat luar kerajaan sementara berkata telah menghantar nota rasmi kepada Kerajaan India bahawa Kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali ke negara itu untuk menjalani proses kehakiman.
Bangladesh tidak benarkan lagi kemasukan Rohingya
Bangladesh tegaskan, ia tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya, lebih-lebih lagi apabila kira-kira 60,000 pelarian itu memasuki negara Asia Selatan itu dalam tempoh dua tahun lalu
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
Penganggur dihukum gantung bunuh juruteknologi pergigian
Seorang penganggur dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh seorang juruteknologi pergigian, empat tahun lepas.
Peniaga ke tali gantung, pijak kepala lelaki tidak dikenali sehingga maut
Mangsa telah dipijak selama seminit di bahagian kepala oleh tertuduh selepas lelaki itu tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh mangsa.
Kes bunuh: Dua pemungut telur penyu dihukum gantung sampai mati
Dua pemungut telur penyu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pada tahun 2016.
Bunuh rakan kerana hutang RM300, lelaki dihukum gantung sampai mati
Hukuman dijatuhkan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Pengawal peribadi dihukum mati, bersalah bunuh majikan berpangkat Datuk
Jaafar disabitkan membunuh majikannya, Datuk Ong Teik Kwong dan dua individu lain dengan menembak menggunakan sepucuk senjata api.
Pekerja durjana: Pengemas bilik di Pangkor dihukum gantung, bersalah bunuh majikan hamil
Seorang pekerja sebuah resort di Pulau Pangkor dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah membunuh majikannya yang juga seorang wanita hamil.
Lima penuntut UPNM didakwa membunuh pegawai kadet laut Zulfarhan
Lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pegawai kadet laut universiti itu, Mei lalu.
Tukang masak bunuh penuntut UiTM dihukum gantung
Syarafi Abu, 27, disabitkan atas kesalahan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Bekas pekerja kedai tayar bunuh bekas tunang ke tali gantung
Seorang bekas pekerja kedai tayar yang menikam bekas tunangnya yang bakal berkahwin sehingga maut menerima pembalasan apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.
Tikam wanita 78 kali, dua sahabat ke tali gantung
Dua rakan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita dengan menikamnya sebanyak 78 kali.