KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat penghantaran pernyataan jelik terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman profil Facebook milik sebuah syarikat televisyen swasta, tahun lepas.
Hakim M. M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Lim Eng Seng, 44, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes itu hari ini.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu.
Lim didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran pernyataan bersifat jelik menggunakan perkhidmatan aplikasi laman profil Facebook 'NTV7', dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Hantaran itu kemudian telah dilihat di sebuah rumah di Jalan Pantai Permai 8, Pantai Dalam, Brickfields di sini pada 4 petang, 14 Mei 2020, mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada OKS dan masyarakat.
"OKS telah membuat komen semasa sidang media rasmi oleh menteri agama pada waktu itu dengan menggunakan perkataan jelik dan tidak bersesuaian dengan adat budaya negara ini," katanya.
Bagaimanapun, Lim yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung keluarga dan tidak mempunyai pekerjaan.
Berdasarkan fakta kes, seorang pengadu membuat laporan polis berkaitan komen-komen yang berbaur hasutan dan menghina agama Islam sewaktu Facebook Live (siaran langsung) di saluran Facebook NTV7 oleh Zulkifli semasa sidang media JPM (Hal Ehwal Agama) berkenaan kebenaran bagi umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat bermula 15 Mei 2020.
Hasil siasatan mendapati penghantaran komen oleh pengguna Facebook 'King Lim' adalah jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Di mahkamah sama, seorang wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya berhubung isu agama Kristian dalam laman profil Facebook miliknya, Mac lepas.
Wan Asshima Kamaruddin, 37, didakwa melalui perkhidmatan aplikasi Facebook dengan menggunakan laman profil Facebook 'Puteri Mujahidah Wan Asshima Kamaruddin' secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 9.23 pagi, 11 Mac.
Hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini, pada 6.24 petang, 13 Mac.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan wanita itu diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Jan 2022 untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan TPR Najihah Farhana manakala peguam Dorina Abdullah mewakili Wan Asshima.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021

Seorang penganggur didapati bersalah membuat penghantaran pernyataan jelik terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri (gambar)di laman Facebook. - Gambar fail/Astro AWANI

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Komunikasi jelik terhadap kerabat diraja: 'Saya minta ampun, janji tak buat lagi'
Seorang pemandu p-hailing yang membuat hantaran komunikasi jelik terhadap kerabat diraja didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Buat hantaran jelik libat budak 5 tahun, 'influencer' Adeline Chang didenda RM7,000
Pemilik akaun Facebook 'Adeline Chang' didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang selepas mengaku bersalah memulakan penghantaran komunikasi jelik.

Hantaran jelik, bekas wartawan didakwa
Seorang bekas wartawan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Ayer Keroh di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan penghantaran jelik terhadap seorang individu di laman sosial Januari lepas.

Dr Roland nafi takut-takutkan rakyat Malaysia untuk ambil vaksin Pfizer
Pengasas The KL Sky Clinic Dr Roland Victor, menafikan bahawa beliau menakut-nakutkan rakyat Malaysia atau sesiapa daripada mengambil vaksin Pfizer Comirnaty.

Pengawal keselamatan dituduh buat hantaran jelik terhadap pendakwah
Tertuduh, Abdul Hadi Fadzil, 49, dari Alor Setar mohon dibicarakan ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan hakim.

Hantaran jelik terhadap kanak-kanak: MCMC rakam percakapan pengguna media sosial
MCMC dengan kerjasama PDRM merakam percakapan seorang pengguna media sosial di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada Jumaat lepas berhubung hantaran jelik terhadap seorang kanak-kanak.

Nahas helikopter Lumut: Komen jelik, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.

Penulis blog “Sang Kelembai” didakwa buat hantaran jelik berhubung vaksin di FB
Abd Zarin didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang di Facebook.

AMK buat laporan polis pengguna Facebook hina PM
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Batu hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial yang didakwa memuat naik dua hantaran jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penceramah didakwa buat hantaran jelik terhadap Agong
Penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas dua pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong menerusi kumpulan WhatsApp, tahun lalu.