KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh wanita warga emas yang juga pemilik rumah sewanya, dua minggu lepas.
Mohamad Amirul Arshad Zainudin, 22, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mohamad Amirul didakwa membunuh Hong Kee Ing, 70, di parkir kereta di Jalan E4/1, Taman Ehsan, Gombak antara 8.30 malam 22 Nov hingga 9.50 malam 23 Nov.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang dari 30 dan maksimum 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 16 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi laporan forensik, kimia dan bedah siasat.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas maut ditikam dan dikelar leher dalam kejadian di Taman Ehsan di sini pada 23 Nov lalu dan kejadian dipercayai berlaku kerana tidak berpuas hati mengenai kadar sewa rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023

Mahkamah menetapkan 16 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi laporan forensik, kimia dan bedah siasat. -Gambar hiasan

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Penganggur didakwa bunuh pemilik rumah sewa
Mohamad Amirul Arshad Zainudin, 22, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock.