KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee akan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Dalam satu kenyataan media, Razarudin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima laporan mengenai kenyataan Pua, yang didakwa menghina institusi diraja berkaitan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan berhubung kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Razarudin berkata, kenyataan itu bersifat menghasut orang ramai agar membenci dan menghina institusi diraja berkenaan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan bidang kuasanya di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan / Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 / Seksyen 233 Akta SKMM 1998.
“Tony Pua akan dipanggil bagi membantu siasatan pada 5 Februari 2024 (Isnin) jam 1 tengah hari di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman,” katanya lagi.
Razarudin berkata, kes tersebut masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga mengganggu proses siasatan atau menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Tambahnya lagi, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Baru-baru ini, Pua telah mengeluarkan kenyataan bernada sinis di laman sosialnya, dipercayai respons terhadap keputusan Yang di-Pertuan Agong mengurangkan tempoh pemenjaraan Najib dari 12 tahun kepada enam tahun, dan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Beberapa pihak berpandangan kenyataan tersebut memperlekehkan peranan Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan.
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata sayap parti itu akan membuat laporan polis di seluruh negara bagi mengesa siasatan terhadap Pua, yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong.
“Insya-Allah laporan polis terhadap Tony Pua akan dilakukan seluruh negara oleh Pemuda UMNO atas kebiadapan dia mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong”.
"Jumpa di mahkamah," katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Feb 04 2024

PDRM mengesahkan telah menerima laporan polis mengenai kenyataan Pua, yang didakwa menghina institusi diraja. - Gambar fail
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.

Fahmi masih belajar ketika Surendran sudah berjuang di jalanan - Hassan
PKR tidak harus melupakan jasa dan sumbangan bekas Naib Presiden PKR, N Surendran yang berjuang sejak parti itu ditubuhkan pada 1999.

Kertas siasatan Tony Pua siap dalam tempoh terdekat - KPN
Kertas siasatan berhubung kenyataan Tony Pua didakwa menghina institusi diraja berkaitan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka siap dalam tempoh terdekat.

Kenyataan Tony Pua keruhkan hubungan Kerajaan Perpaduan
Tony Pua sepatutnya jangan cuba 'menggeletek' serta bersuara nakal sesama rakan yang cuba memperkukuhkan kerajaan.

Pengampunan Najib: Tegur 'kacang hantu' dalam parti gabungan kerajaan - Zahid
Pandangan tersebut tidak mencerminkan pendirian rasmi parti, kerana ia tidak dikeluarkan oleh pemegang jawatan utama parti.

Pengampunan Najib: Tony Pua hadir ke Bukit Aman, rakam keterangan
Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilihat tiba di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 12.48 tengah hari pada Isnin.

MUDA kritik tindakan terhadap Tony Pua, gesa kerajaan semak semula akta hasutan
Kerajaan Madani digesa supaya menyemak semula dan mengemas kini akta hasutan susulan Tony Pua dipanggil untuk direkod keterangan.

Tony Pua dipanggil ke Bukit Aman esok bantu siasatan kes hina institusi raja
Polis Diraja Malaysia memanggil Tony Pua ke Bukit Aman esok untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kenyataan beliau yang didakwa menghina institusi diraja.

Pengampunan Najib: Tony Pua disiasat di bawah Akta Hasutan, Akta SKMM - KPN
Razarudin berkata, kenyataan itu bersifat menghasut orang ramai agar membenci dan menghina Institusi Diraja berkenaan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong

Mahkamah benar rayuan MIA kembalikan aduan Tony Pua terhadap juruaudit 1MDB
MIA berjaya dalam rayuan mereka untuk mengembalikan semula aduan yang dikemukakan Tony Pua terhadap rakan kongsi Deloitte PLT, Ng Yee Hong berhubung audit 1MDB.