KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang merancang untuk melaksanakan proses pengambilan tanah milik Sarawak Multimedia Authority (SMA) bagi membolehkan projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) dilakukan.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, bagi MOT bakal mengemukakan permohonan peruntukan pengambilan tanah itu yang terletak bersebelahan KIA, di bawah Rolling Plan Kelima, Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) pada tahun hadapan.
"Perancangan naik taraf KIA hanya akan dapat dilaksana setelah kerja pengambilan tanah ini diselesaikan. Ini kerana terdapat beberapa fasiliti sedia ada terletak dalam kawasan terlibat dalam projek naik taraf perlu dipindahkan terlebih dahulu ke kawasan tanah SMA yang dibuat pengambilan itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab di Dewan Negara bagi menjawab soalan Senator Datuk Ahmad Ibrahim yang mahu tahu perancangan MAHB bagi menaik taraf KIA dan Lapangan Terbang Miri memandangkan jumlah kemasukan pelancong ke Sarawak semakin meningkat.
Beliau berkata pada masa ini kapasiti terminal sedia ada di KIA ialah sebanyak lima juta penumpang setahun (mppa) dengan pergerakan penumpang dicatatkan sebanyak 5.9 mppa iaitu 19 peratus melebihi kapasiti reka bentuknya pada 2019.
Hasbi berkata pada 2022 pula, KIA mengendalikan 4.3 juta penumpang.
Berhubung cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Miri, Hasbi berkata Kementerian Pengangkutan sebelum ini menyenaraikan projek menaik taraf lapangan terbang itu di bawah Rolling Plan Keempat, RMK12 sebagai satu daripada projek kementerian yang diberi keutamaan untuk dilaksanakan.
"Cadangan ini melibatkan pertambahan kapasiti terminal daripada dua juta penumpang setahun ke tiga juta setahun. Walaubagaimanapun mengambil kira pengumuman terkini Belanjawan 2024, MOT akan terus kemukakan permohonan ini dalam Rolling Plan Kelima RMK12 pada tahun hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
MOT bakal mengemukakan permohonan peruntukan pengambilan tanah itu yang terletak bersebelahan KIA, di bawah Rolling Plan Kelima, Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) pada tahun hadapan. - Gambar fail
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanannya, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Gaza. Waran tangkap terbaharu yang dikeluarkan ICC itu turut melibatkan Ketua Hamas, Ibrahim Al-Masri.
Ketengah kejayaan kerajaan, bentang inisiatif kepada rakyat
Program dua tahun kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 bakal dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 November ini bukan sekadar menjadi platform melaporkan kejayaan kerajaan.
Jenazah Tun Abdul Taib selamat tiba di Kuching
Ketibaan jenazah disambut dengan kawalan kehormat utama Batalion ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli dengan bacaan doa dan diakhiri dengan lagu Ibu Pertiwiku.
Pesawat bawa jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib berlepas ke Kuching
Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak itu diterbangkan menggunakan pesawat TUDM C-130 Hercules pada jam 1.58 petang.
Pengambilan tanah dilaksana bagi naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
MOT dan MAHB merancang untuk melaksanakan proses pengambilan tanah milik Sarawak Multimedia Authority (SMA) bagi membolehkan projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) dilakukan.
Polis tahan wanita tipu keputusan ujian COVID-19 untuk naik pesawat
Wanita terbabit dikatakan cuba untuk memohon permit di Balai Polis KIA untuk ke Bintulu dengan membawa slip keputusan palsu.
Perdana Menteri tiba di Kuching bagi lawatan rasmi
Ini merupakan lawatan pertama Muhyiddin ke Sarawak sejak menjawat jawatan Perdana Menteri pada Mac tahun lalu.
Abang Johari, bakal jadi individu pertama terima vaksin di Sarawak
Pemilihan Abang Johari sebagai individu pertama menerima vaksin Pfizer-BioNtech diharap dapat memberi keyakinan kepada rakyat negeri itu.
COVID-19: Masuk ke Sarawak dari Sabah perlu jalani ujian saringan
Berkuatkuasa mulai Isnin, 21 September 2020, semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang ingin memasuki Sarawak dari atau melalui Sabah perlu membuat ujian saringan COVID-19.
Jerebu: Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tidak terjejas
Semua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), di sini masih berjalan seperti biasa walaupun keadaan jerebu melanda bandaraya ini bertambah buruk.
Penumpang pesawat meninggal ketika dalam penerbangan ke Kuching
Wong Ho Huah, 46, dari Sri Aman yang juga penghidap kanser darah disahkan meninggal dunia kira-kira 11.10 pagi oleh penyelia penerbangan tersebut.
Pemandu teksi mogok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mogok sejak pagi tadi, namun ini dikatakan tidak menjejas jadual penerbangan.