Berikut adalah kenyataan media berhubung pengambilalihan aktiviti komersial Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP):
Dimaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Mei 2014 telah memutuskan tempoh konsesi penswastaan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Dawama Sdn Bhd tidak dilanjutkan.
Perjanjian Konsesi ini tamat tempoh kuat kuasanya pada 31 Ogos 2014. Selepas dari tarikh yang berkenaan, pihak Dawama tidak lagi mempunyai apa-apa hak atau obligasi lanjut yang berbangkit daripada Perjanjian Konsesi yang berkenaan.
Bermula dari 1 September 2014, semua aktiviti reka bentuk, atur huruf, pencetakan, pengedaran dan pemasaran bahan-bahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka akan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka selaras dengan keperluan dan kehendak Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Disemak – 1978) [Akta 2013] dan berdasarkan peraturan-peraturan Kerajaan yang berkuat kuasa ke atasnya. Aktiviti reka bentuk.
Atur huruf, pencetakan, pengedaran dan pemasaran bahan-bahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka akan dilaksanakan melalui kaedah penyumberan luar mengikut tatacara perolehan yang ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, diharapkan keputusan kerajaan ini dapat mengembalikan semula keyakinan karyawan dan masyarakat terhadap keupayaan dan kewibawaan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menerbitkan dan memasarkan buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan cara ini juga, Dewan Bahasa dan Pustaka akan memulihkan imej dan nama baiknya sebagai sebuah badan Kerajaan yang unggul dalam bidang penerbitan.
Selepas 31 Ogos 2014, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk:
Melonjakkan kembali terbitan buku-buku Dewan Bahasa dan Pustaka dalam pelbagai bidang ilmu dan untuk pelbagai kumpulan sasaran melalui penerbitan judul berpakej melalui Panel Pakar Bidang. Dewan Bahasa dan Pustaka berhasrat meningkatkan semula jumlah penerbitan buku daripada purata 350 judul setahun kepada 500 judul buku. Jumlah ini akan meningkat dari tahun ke tahun pada kadar 20 peratus setahun. Dijangka dalam tempoh lima tahun, penerbitan buku akan meningkat sebanyak 1244 judul.
Mempercepatkan penerbitan 11 majalah Dewan Bahasa dan Pustaka dan meningkatkan jumlah pengedarannya bagi majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar dan Dewan Siswa, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Ekonomi, Dewan Kosmik, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Tunas Cipta dan Dewan Tamadum Islam.
Meningkatkan kecekapan pengurusan penerbitan Buku Teks Sekolah melalui kawalan mutu, penjimatan kos dan menepati masa pencetakan dan pengedaran. Ketepatan masa perlu dipatuhi bagi memastikan kepentingan pendidikan murid tidak terjejas dan buku berada di sekolah pada awal sesi persekolahan bermula.
Persediaan Dewan Bahasa dan Pustaka:
Bagi memastikan kerja-kerja melalui penyumberan luar dilaksanakan dengan baik, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengenal pasti sebanyak 122 syarikat penerbit dan syarikat percentakan yang telah dikategorikan mengikut keupayaan dan kemahiran.
Syarikat pracetak 23
Syarikat percetakan 46
Syarikat pracetak dan percetakan 53
Sebanyak 26 syarikat pengedar turut dikenal pasti bagi menangani kerja-kerja pengedaran dan pemasaran buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. -- The Daily Seni Team
Daily Seni
Sat Sep 06 2014

Tempoh konsesi penswastaan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Dawama Sdn Bhd tidak dilanjutkan.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

KPM, DBP sokong pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam undang-undang - Fadhlina
Ia termasuk melaksanakan kursus bahasa dan program seperti pertandingan debat, bagi memantapkan penguasaan bahasa pengamal undang-undang.

Duta Perpaduan Johor dinobat Ikon Bahasa Melayu Negara
Duta Perpaduan Johor Lim San Shien dinobatkan sebagai Ikon Bahasa Melayu Negara yang terkini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada Majlis Apresiasi Anugerah Citra DBP baru-baru ini.

DBP lantik pempengaruh sebagai ikon bantu beri asas penggunaan bahasa
Antaranya, Dr Malar Santhi Santherasegapan, yang merupakan seorang doktor dan juga aktivis yang kini bertugas di Hospital Columbia Asia.

DBP nafi dakwaan berkaitan buku dibakar
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini menafikan kenyataan bertajuk 'Iban's literature and book were burned by Dewan Bahasa dan Pustaka' menerusi hantaran dalam Facebook Sarawak Public Feedback.

Peruntukan RM50 juta mampu dukung matlamat DBP segarkan bahasa dan kesusasteraan
DBP berharap aktiviti bahasa dan kesusasteraan akan sentiasa segar serta menjadi wahana penting dalam mendidik masyarakat MADANI.

DBP pertingkat program bahasa Melayu di universiti luar negara
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan meningkatkan program bahasa Melayu di beberapa universiti luar negara termasuk China, Thailand dan Jepun dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan itu.
![[KOLUMNIS] Isu bahasa: Kritikan perlu berasas [KOLUMNIS] Isu bahasa: Kritikan perlu berasas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728373504_AnwarIbrahim.jpg)
[KOLUMNIS] Isu bahasa: Kritikan perlu berasas
Kritikan terhadap ucapan Anwar dalam Majlis Perasmian Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) 2024 ini sebenarnya adalah tidak perlu.

DBP perlu diberi kuasa perundangan martabatkan bahasa Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu diberi kuasa perundangan bagi mempertahankan identiti dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.

Firdaus Abdullah aktif dalam memperjuangkan bahasa - Awang Sariyan
Aktif dalam gerakan persatuan mengangkat dan memperjuangkan bahasa, merupakan bukti kesungguhan Allahyarham Datuk Firdaus Abdullah yang begitu mencintai nilai dan keindahan kesusasteraan dan budaya.

Ruang berfikir, berkarya di negara ini perlu kebebasan lebih luas - PM Anwar
Ia kerana Malaysia merupakan sebuah negara merdeka dan bukannya dijajah sehingga ada sekatan atau rasa terkongkong untuk mana-mana pihak menghasilkan karya mereka.