SHAH ALAM: Lebih 30 pengamal media memenuhi pekarangan Mahkamah Sesyen di sini pada pagi Isnin bagi membuat liputan kes bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membabitkan pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram.
Malahan, ada antara petugas media tiba seawal jam 7 pagi untuk memastikan mereka tidak terlepas membuat liputan kes berkenaan.
Muhyiddin sekali lagi akan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).
Mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.
Pada Jumaat, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan meliputi empat menggunakan kedudukan untuk rasuah RM232.5 juta dan dua lagi pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.
Bagaimanapun, Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin, 76, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.
Pendakwaan terbabit menjadikan beliau sebagai bekas perdana menteri kedua yang terkenal dengan panggilan 'Abah' didakwa di mahkamah atas kesalahan menerima rasuah dan pengubahan wang haram selepas Datuk Seri Najib Razak.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Mar 13 2023

Antara pengamal media yang hadir membuat liputan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pada Isnin. - Gambar SINAR HARIAN

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Muhyiddin rayu keputusan kembalikan kes guna kedudukan untuk suapan ke Mahkamah Sesyen
Muhyiddin fail rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan kes salah guna kedudukan untuk suapan RM232.5 juta.

Muhyiddin tiba di Mahkamah Shah Alam
Bekas Perdana Menteri itu berdepan dakwaan rasuah berhubung wang membabitkan parti Bersatu.

Pengamal media penuhi Mahkamah Sesyen Shah Alam
Ada petugas media tiba seawal jam 7 pagi untuk memastikan mereka tidak terlepas membuat liputan kes berkenaan.

Muhyiddin bohong isu kecualikan cukai Yayasan Albukhary - Lim Guan Eng
Guan Eng cabar Muhyiddin tunjuk surat arahan dikeluarkan Menteri Kewangan semasa PH memerintah.