KUALA LUMPUR: Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menerima manfaat menyeluruh menerusi beberapa inisiatif dan insentif diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup serta memelihara kebajikan mereka.
Insentif itu antara lain meliputi aspek penyediaan infrastruktur, penjagaan kesihatan, pendigitalan dan perumahan.
Antara diumumkan, Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) melibatkan peruntukan RM21.21 juta, pembinaan pusat hemodialisis dengan peruntukan RM21 juta, perbelanjaan untuk kos operasi lampu jalan melibatkan RM7.7 juta setahun dan subsidi diesel RM36 juta setahun bagi tiga Felda di Sabah.
Anwar turut mengumumkan program dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan dilaksanakan di 30 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang dikenal pasti di seluruh negara untuk menjadikan Felda sebagai peneraju transformasi digital menerusi program Digital MADANI bagi memperkasa ekonomi gig.
Pengarah Program Pengajian Ekonomi di Institut Jeffrey Cheah Asia Tenggara, Sunway University Prof Yeah Kim Leng berkata, langkah berkenaan akan meningkatkan pendapatan, menambah baik taraf hidup dan meringankan beban hutang komuniti Felda di seluruh negara.
Beliau berkata, yang paling penting, inisiatif transformasi digital, program penstrukturan semula pinjaman Felda dan pemansuhan hutang peneroka akan membolehkan peneroka memulakan hidup baharu.
"Diharapkan peremajaan Felda dengan kos fiskal yang besar terhadap kerajaan akan memperkukuh peranan dan sumbangan Felda dan komunitinya kepada keseluruhan ekonomi amnya dan sektor sawit khususnya," katanya kepada Bernama.
Ahli Ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak, Prof Barjoyai Bardai pula berpendapat, inisiatif Digital MADANI yang diumumkan itu sebagai 'benih' untuk mewujudkan satu industri baharu iaitu industri berasaskan ekonomi digital dan penghijrahan kepada Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
"Ini boleh dijadikan asas pada masa akan datang untuk membangun industri ini dan inisiatif yang dilakukan ini sangat baik kerana ia dimulakan juga dengan memfokuskan kepada generasi baharu Felda.
"Jadi harapnya ini akan berterusan serta meningkat dari tahun ke tahun sehingga mencapai matlamat," katanya.
Menyambut baik inisiatif dan insentif lain yang diumumkan Anwar, Barjoyai turut mencadangkan penubuhan satu institusi khusus bagi menangani isu berkaitan kesihatan, keselamatan, perlindungan sosial dan sebagainya melibatkan warga Felda dan keluarga.
Beliau berkata, institusi itu perlu menjana pendapatan secara tahunan menggunakan sistem endowmen dan boleh menampung kos untuk membiayai kemudahan perkhidmatan serta perlindungan sosial bagi warga Felda, seterusnya diteruskan bagi semua kumpulan yang memerlukan.
Selain itu, beliau berkata, bagi memastikan peningkatan kualiti hidup dan memelihara kebajikan warga Felda, inisiatif dan insentif disalurkan kerajaan ini perlu diteruskan serta perlu melibatkan belanjawan tahunan.
"Ini bermakna ia bukan hanya satu perbelanjaan sekali gus... belanjawan ini perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa, mengambil kira bilangan peserta Felda dan ahli keluarga mereka yang semakin ramai.
"Ini memerlukan perhatian (kerajaan), bagaimana untuk mewujudkan satu sistem yang lestari dan dapat secara berterusan menampung kos pemberian kemudahan ini kepada mana-mana ahli keluarga dan peserta Felda," katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memberi jaminan kerajaan akan memberi tumpuan khusus berkaitan isu Felda dalam Belanjawan MADANI 2024, Oktober depan sebagai usaha kerajaan untuk mengangkat martabat Felda dan membela nasib penerokanya.
Felo Penyelidikan Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Shankaran Nambiar menyifatkan pengumuman oleh Perdana Menteri itu sebagai inisiatif utama untuk meningkatkan kesejahteraan peneroka Felda kerana mencakupi semua aspek kehidupan mereka.
Beliau turut menyarankan kerajaan meneliti pendekatan dalam memodenkan bidang pertanian dan menaik taraf teknologi yang disediakan untuk peneroka Felda.
Semalam, pada majlis sambutan Hari Peneroka Felda 2023, Anwar dilaporkan berkata, kerajaan meluluskan dana sehingga RM1 bilion setahun bagi tempoh 10 tahun mulai tahun ini untuk menjamin kelangsungan Felda dan menyatakan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk melupuskan sebahagian daripada pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.
Pada 28 Jun lepas, kerajaan mengumumkan telah menandatangani perjanjian melibatkan Jaminan Kerajaan kepada Felda untuk menstruktur semula pinjaman melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan Felda.
Sebahagian besar penstrukturan semula pinjaman Felda itu melibatkan pengurangan prinsipal hutang Felda bersama institusi kewangan sebanyak RM7.9 bilion serta membolehkan Felda memberi pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion.
Shankaran Nambiar berkata, langkah mengurangkan hutang Felda daripada institusi kewangan dan mengurangkan kadar faedah yang perlu dibayar akan memberi Felda lebih ruang untuk 'bernafas'.
"Persoalan utama ialah melupuskan hutang peneroka kerana jika itu tidak dapat dilakukan, peneroka mempunyai situasi yang teruk dan begitu juga dengan Felda. Perjanjian ini akan memberi kelegaan yang besar kepada peneroka. Ia juga akan mengurangkan beban Felda. Ia adalah penyelesaian yang perlu," katanya.
Beliau berkata, ia bakal mencetuskan rantaian perubahan serta mewujudkan pengiktirafan kerajaan dalam memperkasakan ekonomi gig secara strategik di samping memastikan keselamatan ekonomi masyarakat dipertingkat.
"Pembabitan generasi Felda dengan padanan strategik hasil usaha transformasi digital kerajaan akan berupaya mewujudkan segmentasi baru peluang pekerjaan dan pemilikan ekonomi gig dalam kalangan generasi baru Felda khususnya.
"Kerajaan juga disarankan menubuhkan unit serta sistem sokongan berterusan bagi memastikan generasi Felda dapat terbabit secara konsisten serta dipantau secara berterusan supaya mereka boleh mendominasi sektor ekonomi gig tertentu bagi meningkatkan nilai ekonomi gig golongan tersebut secara strategik," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim (enam,kanan) bergambar bersama warga peneroka Felda pada Sambutan Hari Peneroka Felda 2023 Peringkat Kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada Jumaat. - Gambar BERNAMA
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
RM267.76 juta untuk projek prasarana awam, rumah ibadat bukan Islam di Johor
KPKT mengumumkan peruntukan RM267.76 juta bagi 40 projek prasarana awam serta pembaikan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Johor tahun ini.
FGV kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja bertanggungjawab
FGV Holdings Bhd kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja yang bertanggungjawab dan prinsip 'tiada yuran pengambilan' untuk bekas pekerja migran melalui program pembayaran baliknya.
Pilih calon penghubung Kerajaan Pusat dengan DUN Nenggiri - Ahmad Maslan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri memerlukan wakil rakyat yang boleh menjadi penghubung kepada Kerajaan Persekutuan, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.